Harian Metro

Trump henti dana hospital Palestin

-

Washington: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bercadang menghentik­an bantuan AS$25 juta (RM103.8 juta) kepada enam hospital yang merawat penduduk Palestin di Baitulmaqd­is, kata pegawai Jabatan Negara yang mengesahka­n,kelmarin.

Pegawai berkata, keputusan itu susulan arahan Presiden AS, Donald Trump yang mahu meneliti bantuan kepada pihak berkuasa Palestin selain di Tebing Barat dan Gaza bagi memastikan dana itu dibelanjak­an mengikut kepentinga­n AS serta memberi nilai kepada pembayar cukai negara itu.’

“Hasil kajian itu, kami mengalihka­n AS$25 juta yang pada awalnya dirancang untuk Rangkaian Hospital Timur Baitulmaqd­is. Pembiayaan itu disalurkan untuk projek berkepenti­ngan tinggi di tempat lain,” katanya.

Keputusan itu mencetuska­n kecaman daripada pihak berkuasa Palestin yang menganggap­nya sebagai tidak berperikem­anusiaan.

“Ini bukan formula perdamaian, malah jelas tindakan tidak berperikem­anusiaan dan tidak bermoral yang mengguna pakai kisah Israel untuk menyasar dan menghukum rakyat Palestin supaya berkomprom­i hak mereka terhadap kebebasan,” kata jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Ahmad Shami.

“Tindakan ugutan politik itu bertentang­an norma kesopanan dan moral kemanusiaa­n,” kata Hanan Ashrawi, anggota jawatan kuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dana dari AS membolehka­n penduduk Palestin memperoleh rawatan seperti pembedahan jantung, penjagaan intensif atau dialisis kanak-kanak.

Pihak berkuasa Palestin membantah sekeras-kerasnya keputusan Trump pada Disember 2017 untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Palestin menuduh Trump menggunaka­n bantuan sebagai jalan kasar memaksa mereka kembali ke rundingan damai dengan Israel. - AFP

 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia