Harian Metro

CATAT SEJARAH

- AFP

„ Naomi pemain Jepun pertama menang gelaran individu Grand Slam

Naomi Osaka muncul pemain Jepun pertama memenangi gelaran individu Grand Slam ketika lawan dan idolanya, Serena Williams mendakwa pengadil perlawanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘perompak’, pagi semalam.

Naomi, 20, melakar kemenangan 6-2, 6-4 pada aksi final yang menyaksika­n Serena berang di set kedua selepas pengadil, Carlos Ramos memberi amaran kepadanya kerana didakwa menerima arahan daripada jurulatih.

Dia kemudian mendakwa pengadil sebagai perompak sebelum memohon maaf.

Kemudian, Serena dikenakan penalti satu mata, selepas menghempas raket dan situasi itu menyebabka­nnya semakin berang.

“Anda menyerang karakter saya. Anda seorang penipu,” kata Serena kepada Ramos yang mengenakan penalti satu mata kepadanya, sekali gus menyaksika­n Naomi di ambang kemenangan selepas mendahului 5-3 di set kedua.

Serena bagaimanap­un memenangi mata seterusnya, tetapi Naomi yang mempamerka­n permainan berkualiti serta penampilan luar biasa, meraih mata kemenangan selepas itu sekali gus mencipta sejarah untuk negaranya.

Serena yang sedang memburu Grand Slam pertamanya sejak melahirkan anak perempuan, Olympia pada 1 September 2017, dinafikan untuk melakar kemenangan Grand Slam buat kali ke-24 untuk menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court.

Penyokong setia Serena kemudian melakukan protes ketika acara penyampaia­n hadiah, tetapi dia meminta mereka untuk menunjukka­n rasa hormat kepada Naomi.

“Dia bermain dengan baik. Ini adalah Grand Slam pertamanya.

“Marilah sama-sama memberikan kredit kepada semua pihak. Jangan melakukan ejekan lagi dan tahniah Naomi,” katanya.

Ketika Naomi diberi penghormat­an untuk melakukan ucapan, dia kelihatan buntu.

“Saya tahu semua memberi sokongan kepada Serena dan saya meminta maaf kerana ia berakhir seperti ini.

“Ini adalah impian saya untuk beraksi bersama Serena di Final Terbuka AS. Saya rasa bertuah dapat beraksi bersama dengan anda. Terima kasih,” katanya. 13 pusingan keseluruha­n kelas Moto3.

Pelumba Itali, Lorenzo Dalla Porta meraih kemenangan pertamanya musim ini dengan mencatat 39’38.684s manakala pendahulu kelas Moto3, Jorge Martin kedua, 39’38.742s. Melengkapk­an pentas podium adalah rakan sepasukan Martin di Del Conca Gresini Moto3, Fabio Di Giannanton­io (39’38.806s).

Pusingan ke-14 musim selepas ini dijadual berlangsun­g di Sirkit MotorLand Aragon, Sepanyol pada 23 September ini sebelum memasuki benua Asia bermula di GP Thailand, 7 Oktober depan.

Dalam saingan Moto2, pelumba negara yang bersama pasukan IDEMITSU Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan di tangga ke-22.

Pelumba yang bakal bersama pasukan PETRONAS Sepang Racing melengkapk­an 25 pusingan dengan catatan 41’55.496s pada perlumbaan yang menyaksika­n Francesco Bagnaia mencatat masa terpantas 41’02.106s untuk muncul juara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia