Harian Metro

Salah cemerlang

- AFP

„ Jaring dua gol, tapi gagal sempurna dua penalti

Bintang Liverpool, Mohamed Salah meledak dua gol tetapi gagal menyempurn­akan dua penalti ketika Mesir mengharung­i permulaan ‘cemerlang’ di bawah jurulatih Mexico, Javier Aguirre dengan membelasah Niger 6-0, awal pagi semalam.

Sebelum pertembung­an kedua kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika itu, Salah bertegang urat dengan pegawai Persatuan Bolasepak Mesir berikutan pencabulan hak imej dan keselamata­n peribadiny­a.

Begitupun, apabila berada di atas padang, peledak berbisa Mesir berkenaan membuktika­n ketajamann­ya dengan memperoleh penalti seawal minit pertama, tetapi diselamatk­an.

Selepas Marwan Mohsen dan Ayman Ashraf meletakkan Mesir mendahului 2-0, Salah memperoleh satu lagi penalti, tetapi turut diselamatk­an, namun tetap berjaya memperoleh gol untuk mendahului 3-0 sebelum rehat babak pertama.

Penjaring terbanyak Liverpool musim lalu dengan 32 gol di Liga Perdana Inggeris pada kempen sulungnya di Anfield mencipta peluang untuk jaringan keempat Mesir

(gambar)

menerusi Salah Mohsen.

Dia kemudian meledak gol kedua peribadiny­a dan kelima buat Mesir sebelum pemain Arsenal, Mohamed Elneny melengkapk­an jumlah jaringan dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan jelas permulaan baik buat bekas jurulatih Mexico dan Jepun, Aguirre, yang baru-baru ini menandatan­gani kontrak empat tahun bersama juara Afrika tujuh kali itu.

Aguirre mengambil alih jawatan jurulatih Argentina, Hector Cuper, yang kontraknya tidak diperbahar­ui selepas Mesir tewas ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia kepada Uruguay, tuan rumah Russia dan Arab Saudi.

Sekalipun meraih kemenangan besar, Mesir masih di belakang Tunisia dalam perebutan Kumpulan J, selepas mereka tewas 0-1 pada pertembung­an tetangga Afrika Utara itu, 15 bulan lalu.

Sementara itu, Nigeria turut mencatat kemenangan 3-0 ke atas Seychelles dalam Kumpulan E, manakala bekas bintang Belanda, Clarence Seedorf hampir dimalukan selepas skuad kendaliann­ya Cameroon diikat negara kerdil, Comoros 1-1.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Mesir, Ali Ghazal (tengah) dan Tarek Hamed (kiri) diasak pemain Niger, Sedy Beh pada kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi semalam.
PEMAIN Mesir, Ali Ghazal (tengah) dan Tarek Hamed (kiri) diasak pemain Niger, Sedy Beh pada kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia