Harian Metro

MAKKELIE TAK KENTAL!

-

England sejak mara ke separuh akhir Piala Dunia Russia berterusan, tetapi menghadiah­kan jurulatih Sepanyol, Luis Enrique kemenangan pertama.

Selepas tewas di peringkat separuh akhir serta penentuan tempat ketiga dan keempat di Russia, England dinafikan mata apabila Makkelie memihak kepada penjaga gol Sepanyol, David de Gea atas sentuhan yang sedikit oleh Danny Welbeck.

“Pada masa yang genting, anda memerlukan pengadil untuk terus kental, tetapi malangnya beliau tidak dapat melakukann­ya,” kata Kane.

“Ketika tempoh seperti ini, anda memerlukan pengadil yang tegas dan tidak terpengaru­h dengan tekanan kerana secara asasnya faktor itu akan mendorong mereka membuat keputusan yang salah.”

Begitupun, pengurus England, Gareth Southgate mengakui skuad kendaliann­ya tidak beraksi begitu baik.

Sepanyol bangkit daripada ketinggala­n, susulan jaringan pembukaan Marcus

Rashford sebelum babak pertama berakhir menerusi Saul Niguez dan Rodrigo.

Sekalipun masih menikmati kejayaan mara ke peringkat empat terbaik di Piala Dunia, England kini tewas tiga perlawanan berturut-turut buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

“Kami perlu menerima hakikat Sepanyol lebih bagus daripada kami untuk tempoh yang lebih lama dalam perlawanan,” kata Southgate.

“Penguasaan bola mereka di tahap terbaik. Kami pula tidak begitu lancar ketika memberikan tekanan, tetapi apabila kami memberikan tekanan yang baik terhadap mereka, mereka juga mempunyai beberapa pemain yang baik.

“Kami pula tidak dapat melakukann­ya apabila pasukan lawan memberikan tekanan yang tinggi kepada kami.”

Begitupun, ada sedikit kelegaan bagi England, apabila pertahanan kanannya, Luke

Shaw sah tidak berdepan masalah serius sekali pun terpaksa dipapah keluar pada babak kedua disebabkan kecederaan kepala.

„ Kane berang dakwa pengadil Belanda mudah terpengaru­h

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia