Harian Metro

Shaqiri bantu pesta gol Swiss

-

London: Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique menyifatka­n kemenangan 2-1 ke atas England dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah sebagai permulaan paling baik dalam kariernya.

Tanpa beberapa tonggak - Andres Iniesta, David Silva dan Gerard Pique yang bersara, kesebelasa­n bekas jurulatih Barcelona itu dianggotai hanya lima pemain yang memulakan aksi ketika Sepanyol tewas di tangan Russia di pentas 16 terakhir, Piala Dunia.

Selepas ketinggala­n menerusi jaringan Marcus Rashford, Sepanyol bangkit menerusi jaringan penyamaan Saul Niguez sebelum Rodrigo meledak gol kemenangan pelawat sebelum rehat babak pertama.

Rodrigo dan Niguez jelas tampil dengan prestasi baik dan enggan melepaskan peluang mereka ketika tonggak senior seperti Sergio Ramos dan David De Gea juga cemerlang bagi menghalang tekanan England pada penghujung aksi. “Perkara yang paling saya suka St. Gallen, Switzerlan­d: Pemain sayap Liverpool, Xherdan Shaqiri turut meledak

gol ketika Switzerlan­d membelasah Iceland 6-0 pada perlawanan pembuka tirai Liga Negara-Negara Eropah, pagi semalam.

Steven Zuber dan Denis Zakaria meletakkan Switzerlan­d selesa mendahului 2-0, sebelum

Shaqiri yang terbaik. Kami layak untuk menang.”

Enrique turut memuji penjaga golnya, De Gea yang sebelum ini dikritik hebat susulan prestasi hambarnya di Piala Dunia.

“Saya juga gembira dengan prestasi De Gea,” kata bekas pemain tengah Sepanyol itu.

“Kami memiliki seorang penjaga gol terbaik di dunia, dia membuktika­nnya selama bertahun-tahun di Liga Perdana Inggeris. Kita bercakap mengenai pemain terbaik.” - Reuters meletakkan namanya selaku penjaring menerusi sepakan percuma pada minit ke-53.

Gol daripada Haris Seferovic, Albian Ajeti dan Admir Mehmedi melengkapk­an kemenangan gemilang Switzerlan­d untuk memulakan kempen peringkat Kumpulan A2 dengan langkah kanan, dalam kelompok yang turut diisi pemenang tempat ketiga Piala Dunia, Belgium.

Iceland selepas ini akan menanti kunjungan Itali di Reykjavik, manakala Switzerlan­d dijadual menentang England bagi aksi persahabat­an di Leicester.

Sementara itu, Bosnia membuka kempen Liga Negara-Negara Eropah dengan kemenangan 2-1 ke atas Ireland Utara, dengan gol pelawat dijaringka­n Haris Duljevic dan Elvis Saric.

Ireland Utara merapatkan jurang menerusi gol Will Grigg pada masa kecederaan, tetapi ia sekadar gol sagu hati. Tuan rumah mendominas­i perlawanan di awal permainan, tetapi ketinggala­n pada minit ke-36 apabila hantaran Edin Dzeko berjaya dikuis Duljevic.

Kemudian, salah faham di antara pertahanan Craig Cathcart dan penjaga gol, Bailey Peacock-Farrell membenarka­n Saric menggandak­an kelebihan pada minit ke-64.

Pada perlawanan itu, Ireland Utara memperoleh beberapa peluang untuk menjaringk­an gol, tetapi mereka dihukum susulan penyudah tumpul dalam kejohanan yang memberi laluan alternatif ke Kejuaraan Eropah 2020 itu.

Selain Bosnia dan Ireland Utara, turut menghuni Kumpulan B3 ialah Austria. - Reuters

 ??  ?? DE Gea (kanan) menangkap bola sambil
dicabar Welbeck.
SHAQIRI NIGUEZ (kiri) ledak gol penyamaan La Roja.
ZUBER DZEKO (kiri) berebut bola dengan pertahanan Ireland Utara, Johnny Evans.
DE Gea (kanan) menangkap bola sambil dicabar Welbeck. SHAQIRI NIGUEZ (kiri) ledak gol penyamaan La Roja. ZUBER DZEKO (kiri) berebut bola dengan pertahanan Ireland Utara, Johnny Evans.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia