Harian Metro

Sandro mahu terus kekal bersama Lang Merah

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain import berpengala­man Kedah kelahiran Brazil, Sandro Da Silva mahu terus kekal bersama skuad Lang Merah semusim lagi, jika mendapat tawaran Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Saya mahu beraksi satu musim lagi bersama Kedah kerana saya memiliki kesungguha­n bersama pasukan ini. Saya tidak fikir untuk menyertai mana-mana pasukan lain. Misi saya di sini belum tamat.

“Hati saya memang di sini (Kedah) dan ini terbukti dengan kesungguha­n, fokus demi kejayaan yang saya curahkan bersama pasukan sejak 2015,” kata Sandro.

Sandro yang meraikan aksi kali ke-100 bersama Kedah sebelum ini pernah memberi bayangan mungkin tidak lagi bersama skuad Hijau Kuning apabila kontraknya tamat hujung musim ini.

Namun, setakat ini, KFA belum mengadakan sebarang perbincang­an dengannya mengenai perancanga­n pasukan untuk saingan musim depan.

Ditanya mengenai pertemuan menentang Kelantan dalam Kumpulan C pada 16 September ini - peluang terakhir untuk melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, Sandro menegaskan semua pemain kini bekerja keras untuk layak ke saingan seterusnya.

“Semangat juang tinggi yang dipamerkan ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 31 Ogos lalu menjadi pegangan buat semua pemain untuk aksi di Kota Bharu nanti.

“Banyak pasukan tewas dan seri di sana, kerana Kelantan adalah pasukan yang kuat di laman sendiri. Kami perlu berhati-hati,” katanya selepas majlis pelancaran produk wangian jenamanya - SM sempena kombinasi nama Sandro dan isterinya, Michele Franca semalam.

 ??  ?? SANDRO (kanan) bersama isterinya Michele Franca menunjukka­n produk wangian keluaran jenama SM pada Majlis Pelancaran Produk Wangian.
SANDRO (kanan) bersama isterinya Michele Franca menunjukka­n produk wangian keluaran jenama SM pada Majlis Pelancaran Produk Wangian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia