Harian Metro

‘PERISIK’ KEMBOJA

„ Tiga pemain import Liga-M cetus bimbang Harimau Malaya

- Daripada Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Tiga ‘perisik’ dalam skuad Kemboja mencetus bimbang di hati pemain Harimau Malaya menjelang aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, hari ini.

Pemain tengah, Thierry Chantha Bin yang kini mewakili Terengganu dan bekas penyerang Negeri Sembilan, Prak Mony Udom dan PKNP FC, Keo Sokpheng bakal memperkuat­kan skuad tuan rumah yang mendapat sentuhan jurulatih baharu dari Jepun, Keisuka Honda.

Itu belum lagi ditambah bekas penyerang Pahang yang kini bersama Boeung Ket FC, Chan Vathanaka kerana kedudukan pemain itu masih belum dapat disahkan.

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng

Hoe percaya, kehadiran tiga pemain berkenaan mampu memberi kelebihan kepada skuad Angkor Warriors itu.

“Kita tahu mereka ada tiga pemain yang masih dan pernah beraksi di Malaysia, sudah tentu sedikit sebanyak mereka tahu kekuatan pemain Malaysia. Mungkin dengan jurulatih baharu, Keisuke Honda, ia akan memberi impak terbaik.

“Saya harap pemain kita tidak tertekan, sebaliknya memberikan persembaha­n terbaik kerana kita masih lagi mencari kombinasi antara pemain,” katanya ketika ditemui semalam.

Kemenangan ke atas Kemboja penting buat Harimau Malaya selepas merekod kekalahan 0-2 kepada Taiwan dalam satu lagi aksi persahabat­an di Taipei City, Jumaat lalu.

Malah, ini juga dianggap ujian awal buat anak buah Cheng Hoe yang bakal berdepan Kemboja dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala AFF, November depan.

Menurut bekas jurulatih Kedah itu, kekalahan di tangan Taiwan memberi sedikit kesan kepada moral pemain, namun beliau tidak akan melakukan rombakan besar dalam kesebelasa­n utama.

“Selepas kalah dengan Taiwan, ia sedikit sebanyak mengganggu mental pemain dan saya harap mereka kembali bersedia. Saya mungkin membuat sedikit rombakan kerana ada pemain yang masih kepenatan akibat bermain dalam padang becak ketika menentang Taiwan,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia yang kini berada di ranking ke-171 dunia bertemu Kemboja (166) adalah dalam kempen Piala AFF 2016 Yangon, Myanmar dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menang 3-2.

 ??  ?? UDOM (kiri), Sokpheng (tengah) dan Thierry mampu beri kelebihan buat Kemboja.
UDOM (kiri), Sokpheng (tengah) dan Thierry mampu beri kelebihan buat Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia