Harian Metro

Gelanggang uzur bukan alasan...

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

„ Ikmal idam rangkul emas acara double boling padang

Selepas sekadar meraih gangsa dalam acara double boling padang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016, Mohamad Ikmal Imran Rosli kini mahu mencipta sejarah menggapai emas dalam acara itu pada temasya di Perak.

Atlet boling padang Johor itu yakin, dia kini sudah mempunyai cukup pengalaman selepas beraksi dalam tiga temasya SUKMA sejak 2012, sebelum turun beraksi di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya

(gambar)

Ipoh (MBI), bermula 12 September hingga 22 September ini.

Dia sekali lagi akan berganding­an dengan Mohd Saifudin Zulkifli dan akan berusaha mempamerka­n aksi terbaik memburu pingat emas, walaupun terpaksa berlatih di gelanggang boling padang yang uzur di Kompleks Belia Sukan di Larkin.

“Walaupun berdepan dengan kesukaran berlatih kerana fasiliti pusat latihan yang tidak serba lengkap, namun itu bukan alasan untuk menyerlah.

“Kami akan menggunaka­n segala kudrat yang sedia ada untuk mempamerka­n aksi terbaik bagi memperjuan­gkan sukan boling padang, sekali gus mengharumk­an nama Johor dengan kilauan emas.

“Saya mewakili Johor sejak SUKMA Pahang 2012 dan tidak boleh lagi kecewa kerana segala latihan dan pengalaman ketika bertanding akan digunakan sepenuhnya untuk mencipta kejayaan,” katanya.

Selain menyertai acara double, dia juga akan beraksi dalam acara single, malah berterima kasih kepada jurulatihn­ya iaitu Mohd Madehi Ramlee yang banyak meningkatk­an prestasiny­a.

“Apa yang diutamakan oleh jurulatih adalah persediaan mental, kerana kami akan berdepan dengan atlet dari Terengganu dan tuan rumah, Perak yang memiliki kekuatan tersendiri dalam acara itu,” kata Mohamad Ikmal.

 ??  ??
 ?? Mohamad Ikmal Imran Rosli ?? Segala latihan dan pengalaman ketika bertanding akan digunakan sepenuhnya”
Mohamad Ikmal Imran Rosli Segala latihan dan pengalaman ketika bertanding akan digunakan sepenuhnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia