Harian Metro

Tak mahu perak, gangsa

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Razif Rosli sukanteam@nstp.com.my

„ Skuad ragbi lelaki Terengganu optimis lebar penguasaan raih emas ketiga

Skuad ragbi Terengganu tidak mahu mensia-siakan peluang terhidang untuk menjulang pingat emas buat kali ketiga sebaik acara ragbi 7 sebelah (7’s) lelaki kembali dipertandi­ngkan di pentas SUKMA kali ini di Perak.

Sebelum ini, skuad ragbi Terengganu pernah dua kali meraih emas pada temasya SUKMA 2008 dan 2010, namun sukan itu tidak dipertandi­ngkan dalam SUKMA 2016 di Sarawak.

Bagi ketua jurulatih Terengganu, Izaimi Zainuddin sasaran pingat emas acara itu bukannya omong kosong, sebaliknya berdasarka­n prestasi semasa atlet serta pasukan yang disenaraik­an kali ini.

“Beberapa pemain yang membarisi skuad kali ini adalah bekas pemain remaja kebangsaan dan seorang pelatih skuad senior kebangsaan yang beraksi dalam Sukan Asia di Jakarta Palembang, baru-baru ini.

“Keduanya, ia dinilai berdasarka­n pencapaian pasukan ini yang bermula sejak dua tahun lalu. Kami pernah menjadi juara peringkat senior tujuh sebelah peringkat kebangsaan serta beberapa kejohanan jemputan lain,” kata Izaimi.

Bagaimanap­un katanya, laluan Terengganu tidak mudah kerana mereka dijangka akan mendapat tentangan sengit Kelantan, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Kami perlu lebih berhati-hati kerana kekuatan skuad itu boleh dikatakan seimbang,” kata Izaimi yang bakal mempertaru­hkan pelatih skuad kebangsaan Sukan Asia, Muhammad Haikal Ibrahim sebagai tunjang utama pasukan.

Skuad Terengganu juga bakal dimantapka­n lagi dengan kehadiran tiga bekas pemain remaja kebangsaan iaitu Azam Fakhrullah, Muhammad Faris Abdullah dan Khairul Khalimin Jusoh.

Sementara itu, skuad ragbi wanita yang menyasarka­n pingat gangsa pula mahu memecah dominasi Sabah dan Selangor, apabila acara itu dipertandi­ngkan buat kali pertama di SUKMA Perak.

Pemain paling menyerlah dalam skuad wanita, Claire Gabriel, 21, berkata, biarpun hanya menyasarka­n pingat gangsa, tetapi skuadnya kini berada pada landasan terbaik untuk menukar warna daripada gangsa kepada perak atau emas.

Katanya, skuad bimbingan jurulatih berpenglam­an, Mohd Firdaus Zakarya yakin mereka mampu memberi saingan hebat kepada pasukan pilihan - Sabah dan Selangor.

 ??  ?? SKUAD ragbi lelaki dan wanita Terengganu yakin mampu menyinar dalam temasya SUKMA kali ini.
SKUAD ragbi lelaki dan wanita Terengganu yakin mampu menyinar dalam temasya SUKMA kali ini.
 ??  ?? HOWARD (kanan) pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat tergempar bersama ketua kontinjen negeri, semalam.
HOWARD (kanan) pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat tergempar bersama ketua kontinjen negeri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia