Harian Metro

Pahang tak rela pemain ‘kantoi’

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Ketika semua persiapan dan latihan sudah mencapai tahap maksium menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Perak bermula Rabu ini, kontinjen Pahang kini mula menumpukan kepada aspek pemakanan bagi mengelak atlet tersalah langkah.

Langkah itu bagi bertujuan bagi mengelak mereka daripada terjebak kes yang tidak diingini, terutama membabitka­n pengambila­n suplemen mengandung­i bahan terlarang yang akan memberi imej buruk kepada kontinjen dan juga negara.

Ketua kontinjen, Datuk Fadzilla Salleh menegaskan, sebarang pengambila­n makanan dan bahan sampingan yang ingin diambil atlet perlu dirujuk dengan Majlis Sukan Pahang (MSP), pengurus dan jurulatih.

“Sebab itu pada majlis perjumpaan bersama pengurus dan jurulatih, saya mengingatk­an mereka supaya memastikan atlet masing-masing peka dengan pengambila­n makanan dan bahan sampingan.

“Kita tidak mahu berlaku kes disiplin kerana ia akan memberi imej negatif dan sebaiknya ia dielakkan,” katanya, hari ini.

Beliau turut memberi amaran dan peringatan kepada 435 atlet, masing-masing 278 lelaki dan 157 wanita Pahang supaya sentiasa menjaga imej negeri daripada terbabit dalam gejala tidak sihat.

“Saya harap atlet Pahang dapat mencapai sasaran 32 emas dan jika melepasiny­a, ia adalah bonus buat kontinjen Pahang,” katanya.

Pada SUKMA kali ini, Pahang menyenarai­kan 435 atlet iaitu penyertaan tertinggi buat kontinjen negeri dan mereka akan menyertai 29 acara sukan.

Ketika temasya SUKMA Sarawak 2016, Pahang meraih 30 emas, 25 perak, 21 gangsa dan pencapaian terbaik ialah pada SUKMA Pahang 2012, dengan memungut 45 emas, 40 perak dan 38 gangsa.

 ??  ?? FADZILLA enggan atlet Pahang cemar imej kontinjen dengan terpalit isu doping.
FADZILLA enggan atlet Pahang cemar imej kontinjen dengan terpalit isu doping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia