Harian Metro

Tuan rumah kuarantin 11 atlet futsal

-

Ipoh: Belum pun Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XIX) membuka tirai secara rasmi, tuan rumah sudah berdepan ujian apabila seorang daripada atlet futsal dari Sabah dimasukkan ke hospital selepas disyaki terkena jangkitan saluran pernafasan.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan negeri Howard Lee berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Perak sudah menerima laporan kes berkenaan.

“Mangsa ditempatka­n di Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 7 September lalu.

“Siasatan Jabatan Kesihatan Perak mendapati, mangsa yang berumur 16 tahun mengadu demam pada 2 September lalu diikuti bengkak pada kedua-dua bahagian leher pada 3 September.

“Saya difahamkan, ia ada kaitan dengan kes disyaki beguk dialami mangsa semasa menjalani latihan di Sabah pada pertengaha­n Ogos lalu sebelum dia mendapatka­n rawatan di klinik,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat tergempar bersama kesemua ketua kontinjen negeri.

Katanya, siasatan lanjut mendapati 11 atlet futsal dari Sabah turut dikesan mengalami jangkitan saluran pernafasan yang ringan.

“Semua atlet berkenaan dikuaranti­n untuk diawasi status kesihatan dan dirawat selain diambil sampel klinikal untuk pengesahan diagnosis.

“Kami sentiasa memantau perkembang­an kes ini, selain memastikan semua atlet yang terdedah melakukan langkah pencegahan dan setakat ini ia terkawal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia