Harian Metro

Wanita rugi RM10,000 672 premis diperiksa

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Seorang wanita kerugian RM10,000 apabila beg tangannya yang mengandung­i barangan berjenama dilarikan penjenayah dalam kejadian di rumahnya di Desa Senadin di sini,

Rabu lalu.

Kejadian disedari jam 7.30 pagi apabila mangsa, 30-an, mendapati beg tangannya yang diletak di tepi tingkap hilang.

Sumber berkata, beg tangan berjenama itu mengandung­i wang tunai RM300, tiga dompet berjenama lain dengan nilai keseluruha­n mencecah

RM10,000 selain dokumen pengenalan diri.

“Mangsa turut mendapati kenderaann­ya yang diparkir di hadapan rumah dipecah. Siasatan awal mendapati, tingkap di bilik mangsa tidak berkunci, sekali gus memudahkan penjenayah melarikan beg itu.

“Mangsa melaporkan kejadian di Balai Polis Lutong dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebanyak 672 premis jualan barangan dan perkhidmat­an di seluruh negeri ini sudah diperiksa pada Op Catut dijalankan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 1 September hingga semalam.

Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah V Ravichandr­an berkata, 18,352 barangan diperiksa susulan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 September lalu.

Katanya, operasi berkenaan membabitka­n premis pengilang, pengimport, pengedar, pemborong dan peruncit yang dibuat bagi memastikan harga barangan terkawal selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanak­an SST.

“Dalam tempoh itu juga, hanya satu aduan berkaitan harga barang diterima manakala hanya dua pertanyaan dilaporkan oleh peniaga di negeri ini.

“Bagaimanap­un, KPDNHEP mengeluark­an notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 untuk mendapatka­n maklumat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, setakat ini tiada salah laku oleh syarikat atau premis perniagaan yang

„ Operasi pastikan harga barangan terkawal

dikesan dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memantau harga jualan dan perkhidmat­an di seluruh negeri ini.

SST dilaksanak­an berkuat kuasa 1 September lalu bagi menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berikutan penguatkua­saan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 yang diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lalu.

 ??  ?? PENGARAH KPDNHEP Sabah, Yahya Sujak (kanan) bersama pegawai KPDNHEP negeri menjalanka­n pemeriksaa­n harga barang sempena Op Catut 5.0 di sebuah kilang di Inanam, Kota Kinabalu.
PENGARAH KPDNHEP Sabah, Yahya Sujak (kanan) bersama pegawai KPDNHEP negeri menjalanka­n pemeriksaa­n harga barang sempena Op Catut 5.0 di sebuah kilang di Inanam, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia