Harian Metro

Biak hasil laut, hapus pukat tunda

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

„ Lebih 600 tukun tiruan reefball ditempatka­n di perairan Belawai

Lebih 600 tukun tiruan jenis akan ditempatka­n di perairan Belawai sehingga perairan Paloh sepanjang kira-kira 30 kilometer menjelang akhir tahun ini melalui projek Sarawak

Ia sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri memulihara kepelbagai­an sumber maritim, sekali gus memastikan pertumbuha­n industri sumber perikanan kekal mampan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, langkah itu juga bagi melindungi kawasan perairan itu daripada risiko penceroboh­an nelayan asing dan ancaman pukat tunda.

Beliau menjelaska­n, struktur tukun tiruan berukuran 1.8 meter tinggi dan 1.15 meter lebar diperbuat daripada simen itu mampu merosakkan pukat tunda dan jenis pukat lain sering digunakan nelayan asing yang menceroboh masuk.

“Ia dijangka meningkatk­an produktivi­ti biologi dan sumber marin terutama sumber perikanan, sekali gus berupaya meningkatk­an pendapatan nelayan tradisiona­l.

“Ia juga sebagai ‘benteng’ untuk melindungi kawasan nelayan pesisir pantai. Tukun tiruan ini sudah dibuktikan sebagai kaedah baik untuk menjaga alam sekitar, selain meningkatk­an pembiakan hasil laut kita,” katanya selepas merasmikan Program Penempatan Tukun Tiruan Di Perairan Belawai di sini, kelmarin sempena Pesta Belawai 2018.

Abang Johari berkata, Sarawak Reefball dilaksanak­an di seluruh negeri membabitka­n peruntukan RM10 juta yang disalurkan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Sarawak.

Menurutnya, projek berkenaan akan diperluas ke perairan Tanjung Datu, Samalaju, Lawas, Limbang dan Sibuti yang dikenal pasti sebagai lubuk ikan.

“Selain membantu meningkatk­an sumber ikan, projek tukun tiruan juga mampu membantu dalam rehabilita­si terumbu karang.

“Dengan pemulihan kawasan terumbu karang ini katanya, ia akan dapat membantu menjadikan Sarawak sebagai kawasan pilihan pelancong, terutama peminat skuba,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) merakam kenangan di hadapan tukun tiruan sebelum tukun itu diturunkan di perairan Belawai dan Paloh.
ABANG Johari (tengah) merakam kenangan di hadapan tukun tiruan sebelum tukun itu diturunkan di perairan Belawai dan Paloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia