Harian Metro

Harga munasabah

- Sandra Albertz cnews@nstp.com.my

„ Program HPR2018 bantu orang ramai miliki kediaman

Penganjura­n Program Jerayawara Rumah dan Hartanah 2018 (HPR2018) di Pusat Beli-Belah Aeon Mall di sini, bermula 7 hingga 11 November ini diyakini mampu membantu orang ramai memiliki kediaman pada harga munasabah.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur HPR2018 Peter Pau Kiu Sung berkata, sepanjang lima hari berlangsun­g, program itu menyediaka­n pelbagai pilihan hartanah, termasuk rumah kediaman yang menawarkan harga jualan sepadan dengan bajet setiap lapisan pembeli berpotensi.

“Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) menjangka harga rumah meningkat di bandar raya ini menjelang tahun depan atas beberapa faktor berkaitan, termasuk keadaan ekonomi semasa.

“Justeru, kita menganjurk­an program ini untuk kali kedua bagi membantu orang ramai memiliki hartanah masing-masing, termasuk rumah kediaman pada harga yang mampu dibayar mereka sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media HPR2018 di ibu pejabat SHEDA semalam.

Kiu Sung berkata, sepanjang program, syarikat pempamer menawarkan pilihan rumah berharga kurang daripada RM300,000 seunit sehingga lebih RM1 juta, bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Bagaimanap­un, pihaknya belum dapat menganggar­kan peratusan kenaikanny­a berikutan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) baru saja diperkenal­kan dan ketika ini, jualan rumah di Kuching agak perlahan.

“Kita juga ada dimaklumka­n bahan binaan seperti simen dan besi tidak akan dikenakan SST namun ini dijangka hanya memberikan kesan pada harga rumah baru yang dibina selepas bermulanya kutipan SST.

“Jadi, rumah dan hartanah yang dibina ketika bahan binaan di negara ini masih dikenakan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST), harga jualannya juga akan termasuk kos pembayaran cukai itu yang dikenakan kepada pemaju,” katanya.

Justeru, beliau menggalakk­an orang ramai yang mahu membeli rumah untuk mengunjung­i acara terbabit, yang keseluruha­nnya menyediaka­n 38 ruang pameran dengan 14 daripadany­a ditempah syarikat pemaju, pembekal bahan binaan dan institusi kewangan.

 ??  ?? KIU Sung bersama poster program HPR2018 selepas sidang media di ibu pejabat SHEDA.
KIU Sung bersama poster program HPR2018 selepas sidang media di ibu pejabat SHEDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia