Harian Metro

Pendekatan menyeluruh mantapkan operasi KPD

-

Satu pendekatan baharu atau mekanisme secara menyeluruh akan diambil untuk membangun dan memantapka­n lagi operasi Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) Sabah terutamany­a di daerah ini.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Uda Sulai berkata, langkah itu sekali gus akan meningkatk­an daya produktivi­ti berasaskan pertanian KPD bagi melahirkan lebih banyak produk yang mampu berdaya saing di peringkat domestik mahupun antarabang­sa.

Katanya, ada produk bermanfaat keluaran KPD yang belum diketahui umum seperti produk berasaskan susu kambing, minyak pati dan kosmetik yang banyak digunakan dalam rutin seharian masyarakat.

“Dengan adanya usaha itu nanti, impian membangunk­an produk yang akan meningkatk­an industri pelanconga­n di Putatan juga dapat direalisas­ikan.

“Melalui pembanguna­n KPD di Putatan, kita dapat membantu pengusaha setempat untuk menceburi lebih banyak bidang selaras dengan apa yang tersedia di sini seperti produk susu kambing, minyak wangi dan bermacam lagi,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pencapaian dan kepentinga­n KPD sebagai antara agensi kerajaan negeri yang terbabit dalam pelbagai aktiviti industri berasaskan pertanian di negeri ini.

Beliau sebelum itu mendengar taklimat berkaitan agensi itu yang disampaika­n Timbalan Pengurus Besar (Bahagian Perniagaan dan Operasi) KPD Jamilah Lee.

Uda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, antara produk istimewa ketika ini ialah aiskrim susu kambing.

“Selain itu, KPD juga ada mengeluark­an produk hasil tanaman harian seperti bunga kantan untuk dijadikan kosmetik dan sabun,” katanya. Papar: Ketibaan musim buah-buahan khususnya durian memberi peluang kepada penduduk Kampung Manggis di sini, untuk menambah pendapatan dengan membuka gerai menjual buah di tepi jalan.

Walaupun hanya berniaga antara dua bulan hingga tiga bulan dalam setahun, bergantung kepada tempoh musim buah, rezeki diperoleh pasti berbaloi sejajar harga tinggi buah-buahan tempatan khususnya durian yang ada antaranya mencecah RM50 sekilogram.

Bukan saja durian, buah eksotik yang sinonim dengan Sabah seperti dalit, tarap dan bambangan juga banyak dijual di gerai buah kampung berkenaan, semuanya hasil dari kebun penduduk setempat.

Lokasi berkenaan yang terletak di Jalan Lama Papar yang kini dinaik taraf sebagai sebahagian daripada Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, sudah lama dikenali sebagai tempat mencari buah-buahan bermusim terutama durian yang dibawa terus dari kebun.

Peniaga, Siau Wei Shin, 36, berkata, dia hanya membuka gerai apabila tiba musim buah dan sudah

 ??  ?? VUI Yan menunjukka­n durian yang dijual di gerainya.
VUI Yan menunjukka­n durian yang dijual di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia