Harian Metro

SULTAN JOHOR, TMJ ‘DIINTIP’

Tunku Ismail dakwa laman sosial diintip pihak tertentu guna teknologi buatan Israel

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ismail mendakwa media sosial milik beliau dan ayahandany­a, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar diintip individu tertentu menggunaka­n teknologi buatan Israel.

Perkara itu didedahkan di laman Facebook (FB) milik beliau, HRH Crown Prince of Johor malam kelmarin yang turut mendakwa, ramai cybertroop­ers diletakkan di laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata, alat berkenaan yang dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan pengintipa­n dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya bagi membantu dalam perang siber.

“Beberapa pegawai kerajaan berjumpa saya dengan menyatakan bahawa SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia), Unit Khas (SB), SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Pejabat Perdana Menteri turut menggunaka­n peralatan ini.

“Bila ia berkaitan dengan keselamata­n negara, saya berpendapa­t ia sesuatu yang sangat berharga. Namun, peralatan ini tidak patut diseleweng mana-mana pihak untuk kepentinga­n sendiri.

“Adalah sangat tidak baik apabila ada pegawai yang menyampaik­an pesan bahawa saya dan ayahanda saya, DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Johor sedang diperhatik­an. Ramai juga cybertroop­ers diletakkan pada halaman JDT serta laman peribadi kami seperti Official Sultan Ibrahim dan HRH Crown

Prince of Johor atas perasaan kurang senang oleh beberapa pihak atasan,” katanya.

Menurut beliau, teknologi berkenaan digunakan kerajaan sebelum ini, namun tidak sepatutnya berlaku dalam era Malaysia baharu.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan kerajaan yang memerintah dan sentiasa memberikan sokongan.

“Saya tidak akan berdiam diri jika ada beberapa parti yang ingin mengambil kesempatan memecahbel­ahkan perpaduan Bangsa Johor yang unik ini.

“Biar saya jelaskan sekali lagi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kerajaan. Johor sentiasa menyokong penuh kerajaan yang memerintah.

“Dengan itu, kami akan menyokong segala keputusan yang betul. Namun, kami juga tidak akan berdiam diri apabila berlaku keputusan yang salah.

“Akhir kata, satu-satunya perkara yang rakyat mahukan adalah kerajaan mengutamak­an kemajuan, bukannya bertelagah di dalam negara. Saya berdoa semoga kerajaan menepati janji-janji kepada rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Ibrahim Iskandar
SULTAN Ibrahim Iskandar
 ??  ?? TUNKU Ismail
TUNKU Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia