Harian Metro

Honda tak mahu anak buah gentar

-

Penh: Jurulatih Kemboja, Keisuke Honda melaungkan amaran betapa anak buahnya tidak gentar untuk berdepan Malaysia dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, hari ini.

Walaupun baru enam hari melatih skuad Angkor Warriors selepas dilantik Persekutua­n Bolasepak Kemboja (FFC) bulan lalu, bintang Jepun itu percaya beliau memiliki pemain yang berpotensi besar.

“Kami tidak sabar untuk bertemu Malaysia. Kami sudah menjalani latihan dalam beberapa hari dan saya percaya kami memiliki pemain yang bagus, berpengala­man dan muda. “Memang bukan mudah untuk meraih kemenangan ke atas Malaysia, tapi kami tidak gentar. Saya jangkakan perlawanan yang sukar tapi akan cuba yang terbaik,” katanya dalam sidang media pra perlawanan, semalam.

Honda, 32, yang membantu Jepun merangkul kejuaraan Piala Asia 2011 membuat keputusan mengejut menerima kontrak untuk membimbing Kemboja.

Bagaimanap­un, beliau belum bersara sebagai pemain kerana menyertai kelab baru Melbourne Victory yang bakal memulakan kempen Liga Australia Oktober depan.

Kehadiran Honda, bekas pemain AC Milan yang menjaringk­an gol dalam tiga kempen Piala Dunia 2010, 2014 dan 2018 mencetuska­n fenomena baharu dalam kancah bola sepak Kemboja.

Hampir 40,000 tiket bagi perlawanan esok sudah terjual setakat hari ini dan peminat tempatan meletakkan harapan tinggi untuk melihat Honda mendapatka­n kemenangan ke atas Harimau Malaya.

“Saya mahu anda semua (penyokong) bertenang. Fokus utama adalah untuk memastikan pemain kita terus meningkat. Saya percaya kita memiliki pemain yang berpotensi,” katanya.

 ??  ?? HONDA pertaruh kemampuan pemain muda Kemboja raih kemenangan ke atas Malaysia.
HONDA pertaruh kemampuan pemain muda Kemboja raih kemenangan ke atas Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia