Harian Metro

The Memoir of Majie curi tumpuan

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Karya terbitan tempatan berjaya mencuri tumpuan luar negara apabila drama bersiri Cina, The Memoir of Majie merangkul Anugerah Khas Juri, Anugerah Drama Antarabang­sa 2018, Isnin lalu.

Majlis penganuger­ahan tahunan itu berlangsun­g di Yeouido, Seoul, Korea Selatan dan dihadiri pelakon Pauline Tan sebagai wakil.

Tan terharu apabila ucapan ringkasnya yang disampaika­n dalam bahasa Korea menerima tepukan gemuruh hadirin.

“Saya boleh bertutur bahasa Korea kerana pernah menetap di negara itu selama setahun.

“Ketika itu, saya ke sana untuk mengikuti program pertukaran pelajar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan 8TV, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad

Goh Ling Ling berkata, pihaknya akan terus menghasilk­an karya berkualiti untuk penonton.

“Kami mahu drama tempatan mencipta nama di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Menurut Goh, kejayaan itu tercapai menerusi kerjasama produksi, pelakon, kru serta semua individu terbabit dalam pembikinan drama berkenaan.

Drama The Memoir of Majie mengisahka­n asam garam kehidupan empat wanita yang berasal dari Shunde, Guangdong pada 1950-an.

Ia mula bersiaran di saluran ntv7 pada Julai tahun lalu.

Antara barisan pelakon The Memoir of Majie adalah Henley Hii, Aye Keng, Pauline Tan, Joey Leong, Sherlyn Seo, Jeffrey Cheng, Gary Yap dan Wilson Lee.

Maklumat lanjut ikuti laman media sosial di Instagram @8tvchinese atau layari www. tonton.com.my untuk menyaksika­n drama 8TV.

 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam drama ini.
ANTARA babak menarik dalam drama ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia