Harian Metro

19 lokasi panas dipantau

„ PPM bersama polis Thailand jalin kerjasama kekang penyeludup sepanjang Kuala Takbai hingga Buketa

- Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

Sebanyak 19 lokasi panas di sepanjang Kuala Takbai hingga Buketa di sempadan Jeli, Thailand, dikenal pasti sering digunakan penyeludup untuk menjalanka­n aktiviti penyeludup­an.

Pegawai Stesen 4 Polis Marin Diraja Thailand (RTMP), Sub Divisyen 7 Takbai, Mejar Paradon Sawadi berkata, anggotanya seperti Pasukan Polis Marin (PPM) tempatan sering menjalanka­n kawalan dan rondaan 24 jam meskipun aktiviti penyeludup­an dilakukan secara bermusim.

Beliau berkata, walaupun sempadan antara Thailand dan Kelantan dipisahkan Sungai Golok, namun aktiviti penyeludup­an sering berlaku dan antara komoditi paling banyak diseludup adalah beras.

“Setiap lokasi di sepanjang sempadan yang mempunyai perkampung­an atau penduduk sudah pasti ada pangkalan haram dan berlaku penyeludup­an cuma bergantung kepada kuantiti sama ada besar atau kecil skalanya.

“Kami mengenal pasti 19 kawasan panas yang sering dijadikan laluan penyeludup sama ada dari Thailand atau Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Paradon berkata, dalam usaha mengekang aktiviti penyeludup­an, pertukaran maklumat dengan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor kerap dilakukan membabitka­n mesyuarat atau rondaan bersama.

Beliau ditemui ketika rondaan bersama PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor diketuai Pemangku Pegawai Pemerintah Inspektor Reduan Mohidin bermula di Kuala Takbai hingga Kubang Pak Hitam, Pasir Mas.

Sementara itu, Reduan berkata, rondaan bersama itu diadakan secara berkala bertujuan membincang­kan isu membabitka­n jenayah rentas sempadan atau penyeludup­an yang berlaku di sempadan.

 ??  ?? REDUAN (tiga dari kiri) bersama pegawai RTMP menunjukka­n antara lokasi yang sering digunakan penyeludup.
REDUAN (tiga dari kiri) bersama pegawai RTMP menunjukka­n antara lokasi yang sering digunakan penyeludup.
 ??  ?? REDUAN (kiri) bersama pegawai Polis Marin Diraja Thailand memeriksa pasport penumpang bot yang berulang-alik sepanjang Kuala Takbai hingga Kubang Pak Hitam, Pasir Mas.
REDUAN (kiri) bersama pegawai Polis Marin Diraja Thailand memeriksa pasport penumpang bot yang berulang-alik sepanjang Kuala Takbai hingga Kubang Pak Hitam, Pasir Mas.
 ??  ?? ANGGOTA PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor membuat pemantauan.
ANGGOTA PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor membuat pemantauan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia