Harian Metro

Tawan hati kurangkan ancaman pengganas

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menggunaka­n pendekatan memenangi hati dan minda dalam usaha mengurangk­an ancaman pengganas di rantau Asia Tenggara, selain meningkatk­an kerjasama serantau selari dengan dasar Perdana Menteri yang menerapkan semula Dasar Pandang ke Timur.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, beliau menekankan betapa ASEAN harus menjadi penggerak kepada kerjasama serantau di Asia Tenggara khususnya melalui platform ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) dan Defence Ministers Meeting–Plus (ADMM-Plus) dalam menangani isu keselamata­n bukan tradisiona­l.

“Konsep diplomasi pertahanan melalui kerjasama strategik pertahanan secara dua hala dan pelbagai hala di Asia Tenggara atau Asia Pasifik serta global adalah fokus utama forum ini.

“Kerjasama pertahanan seperti ADMM, ADMM-Plus dan antara ASEAN bersama rakan dialog seperti ASEAN-Japan Dialogue Relations adalah mekanisme penting yang perlu dipertingk­atkan bagi menjamin keselamata­n, kestabilan dan pertumbuha­n serantau.

“Dalam usaha menangani isu anti keganasan, pendekatan

adalah penting bagi mengurangk­an risiko punca keganasan daripada berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohamad dijemput Menteri Pertahanan Jepun untuk menyampaik­an ucaptama bertajuk

dalam program

di Nagoya, Jepun, semalam.

Beliau berkata, strategi anti keganasan melalui mekanisme kerjasama pertahanan dua hala atau serantau seperti inisiatif perkongsia­n maklumat risikan, rondaan bersama di kawasan maritim dan udara menerusi platform ADMM dan ADMM-Plus amat penting untuk memastikan rantau Asia Tenggara bebas ancaman pengganas.

 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia