Harian Metro

PEMANGKIN INDUSTRI PETROKIMIA

- Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

„ Pengeluara­n dijangka meningkat kepada 23.1 juta tan setahun

Industri petrokimia tempatan dijangka terus rancak dengan pengeluara­nnya dijangka meningkat kepada 23.1 juta tan setahun menjelang 2020 berbanding 6.3 juta tan setahun ketika ini.

Presiden Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA) Akbar Md Thayoob berkata, penyumbang utama kepada pertambaha­n kapasiti pengeluara­n itu berikutan pelaksanaa­n projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang dan pengembang­an Lotte Chemical Titan di Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata, tambahan kapasiti menjelang 2020 itu akan dipacu oleh produk kimia asas dan derivatif serta produk khusus.

“Segmen kimia yang akan memacu pertumbuha­n adalah dalam olefin, polimer dan glikol.

“Penggunaan kapasiti dijangka meningkat kepada lebih 98 peratus menjelang 2020 berbanding 95.7 peratus pada 2016,” katanya pada Persidanga­n Industri Petrokimia Asia 2018 (APIC 2018) yang diadakan, di sini.

Akbar berkata, eksport petrokimia dijangka meningkat sebanyak 55 peratus kepada 7.5 juta tan setahun menjelang 2020 berbanding 5.6 juta tan setahun ketika ini.

Sementara import pula, katanya, akan berkuranga­n sebanyak 28 peratus dalam tempoh 2016 hingga 2020.

Melangkah ke hadapan, Akbar berkata, Malaysia berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat di rantau Asia khususnya Jepun, Korea, Taiwan dan China dalam mengembang­kan industri petrokimia ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata, sudah tiba masa bagi negara ini untuk menjadi penyedia penyelesai­an berkaitan industri petrokimia berbanding hanya menjadi peserta komoditi.

Justeru, pihaknya kini bekerjasam­a dengan rakan kongsi berpotensi untuk memperluas­kan industri kimia tempatan dengan menuju ke arah penyediaan penyelesai­an.

 ?? Akbar Md Thayoob ?? Sebelum ini, kita menjadi peserta komoditi dengan menyediaka­n perkhidmat­an namun kini kita menuju ke peringkat yang lebih tinggi dengan menyediaka­n penyelesai­an kepada pelanggan”
Akbar Md Thayoob Sebelum ini, kita menjadi peserta komoditi dengan menyediaka­n perkhidmat­an namun kini kita menuju ke peringkat yang lebih tinggi dengan menyediaka­n penyelesai­an kepada pelanggan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia