Harian Metro

Emmy terakhir

- Reuters

„ Rancangan Parts Unknown

Anthony Bourdain dapat pengiktira­fan kelima selepas kematian cef selebriti itu

Cef selebriti Amerika Syarikat, Anthony Bourdain, yang membunuh diri Jun lalu pada usia 61 tahun, memperoleh Anugerah Emmy kelima selepas kematianny­a bagi rancangan makanan dan melancong popular terbitan CNN yang dihoskanny­a, ‘Parts Unknown.’

Bourdain dianugerah­kan Emmy, penghormat­an tertinggi industri bagi penulisan cemerlang program bukan fiksyen untuk episod siri di selatan Itali yang disiarkan November lalu pada musim ke-10 rancangan berkenaan.

Anugerah itu diumumkan pada malam kedua Seni Kreatif Emmy, yang meliputi kategori pertengaha­n serta teknikal dan diberikan terlebih dahulu menjelang anugerah utama pada 17 September ini.

Bourdain sebelum ini menang anugerah Emmy empat tahun berturut-turut, dari 2013 hingga 2016, sebagai penerbit dan hos ‘Part Unknown’ dalam kategori siri maklumat cemerlang atau khas.

Siri berkenaan, yang memaparkan Bourdain menikmati hidangan tempatan dan budaya destinasi seluruh dunia, membolehka­nnya menerima Anugerah Peabody berprestij pada 2014.

Bourdain turut menerima beberapa pencalonan Emmy sebagai hos pertanding­an realiti berasaskan masakan di saluran ABC, ‘The Taste’ dan menang Seni Kreatif Emmy bagi sinematogr­afi terbaik dalam program bukan fiksyen bagi satu lagi rancangan melancong dan makanan ‘No Reservatio­ns.’

Bourdain, yang memulakan kerjayanya sebagai pencuci pinggan di restoran di New York dan meningkat naik menjadi seorang daripada chef televisyen terkenal dunia, pernah berkongsi hidangan di Vietnam bersama bekas Presiden Barack Obama, meninggal dunia 8 Jun lalu.

Mayatnya ditemui tergantung dalam bilik hotelnya di Strasbourg, Perancis, lokasi beliau menjalani rakaman episod rancangann­ya musim ke-11.

 ??  ?? BOURDAIN
BOURDAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia