Harian Metro

Miliki 2 kementeria­n sendiri

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

„ Ketua Menteri umum kepemimpin­an baru Sabah wujud kementeria­n sendiri buat kali pertama

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan kerajaan Sabah di bawah pemimpinan baru kukuh termasuk komitmen melaksanak­an perkara di bawah Perjanjian Malaysia (MA63).

“Kami tahu arah kami untuk kerajaan negeri Sabah dan rakyat dalam melindungi hak serta usaha membangunk­an Sabah.

“Menuju ke arah ini, penting untuk kita bersatu kerana saya percaya kita boleh mencapai lebih banyak dan melaksanak­an perkara yang dinyatakan dalam MA63,” katanya pada Majlis Forum Hari Malaysia anjuran Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Industri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Pemangku Presiden UPKO.

Selaras dengan MA63, Mohd Shafie menegaskan, Sabah mempunyai kementeria­n kesihatan dan pendidikan­nya sendiri buat kali pertama di bawah kepemimpin­an baru.

Beliau berkata, kerajaan negeri merancang menjenamak­an semula beberapa sekolah sebagai langkah membina profesion.

Mengulas mengenai pendidikan, Mohd Shafie menekankan tiada had untuk menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Katanya, walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris harus dibenarkan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajar­an.

“Ia dinyatakan di bawah undang-undang bahawa tiada had penggunaan bahasa Inggeris.

“Ia digunakan secara meluas sama ada di sekolah swasta ataupun dalam prosiding mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Madius mengulas mengenai isu penggunaan bahasa itu berkata, ia perlu diselidik di peringkat negeri di mana UPKO turut mencadangk­an sekolah tertentu menggunaka­n medium bahasa Inggeris sepenuhnya.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) bergambar dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Forum Hari Malaysia anjuran UPKO di Kota Kinabalu.
SHAFIE (tengah) bergambar dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Forum Hari Malaysia anjuran UPKO di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia