Harian Metro

MENGHITUNG HARI BAHAGIA

„ Gadis tong gas bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu ini

- Nor Amalina Alias cnews@nstp.com.my

Gadis berusia 25 tahun ini pernah tular apabila menjadikan tong gas kosong sebagai alat senaman bagi mengekalka­n kecergasan diri sejak empat tahun lalu.

Disebabkan itu, rakyat Malaysia memberi pelbagai pandangan dan ada yang menganggap tindakan Nor Syarmimi Sallehudin sebagai tidak wajar.

Namun, semua itu tidak menjadi kudis buatnya, malah jurulatih kecergasan terbabit bahagia kerana menghitung hari untuk disatukan dengan pasangan hidupnya, Sabtu ini.

Katanya, bakal suami, Muhammad Salman Ahmad Ali, 25, juga tidak kisah dengan rutin peliknya mengangkat tong gas silinder kuning seberat 16.6 kilogram setiap pagi.

“Bakal suami juga peminat latihan kecergasan dan kami berkenalan ketika bersenam di sebuah gimnasium di Kota Bharu.

“Syukur dia tak pernah halang minat ini dan terbaru saya cuba menggunaka­n tong gas dalam senaman tabata untuk kekalkan kekuatan otot.

“Namun, jangan risau kerana kaedah ini tidak membahayak­an atau memberi kesan buruk lain seperti ditakuti masyarakat jika dilakukan dengan teknik yang betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Golok, di sini.

Lulusan Diploma Fisioterap­i dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata, kaedah mengangkat tong gas boleh digunakan dalam lebih 20 gerakan senaman antaranya squat, abs roller, deadlift dan lunges.

Nor Syarmimi berkata, meskipun kreativiti­nya menggunaka­n tong gas tidak diterima sesetengah pihak, dia tetap menjadi pilihan untuk melatih 32 pelanggan individu dan kumpulan seramai 50 orang berusia 16 hingga 53 tahun.

Keluarga bakal suaminya turut menerima dia dengan baik dan tiada masalah dengan kegemarann­ya bersenam.

Ia tidak membahayak­an atau beri kesan buruk jika dilakukan dengan teknik betul Nor Syarmimi Sallehudin

 ??  ??
 ?? FOTO: NOR AMALINA ALIAS ?? NOR Syarmimi menjadikan tong gas kosong sebagai alat melakukan pelbagai rutin senaman untuk mengekalka­n kecergasan sejak empat tahun lalu.
FOTO: NOR AMALINA ALIAS NOR Syarmimi menjadikan tong gas kosong sebagai alat melakukan pelbagai rutin senaman untuk mengekalka­n kecergasan sejak empat tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia