Harian Metro

TERKUBUR TENGAH JALAN

- Muhaamad Hafisd Nawawi dan Azhar Hashim cnews@nstp.com.my

Menyelamat­kan kucing yang cedera adalah baktinya yang terakhir sebelum Mohammad Haziq Ishak,17, dan rakan karibnya, Muhamad Haikal Hakimi,17, tertimbus sebaik motosikal ditunggang­i terperosok ke dalam mendapan jalan di Taman Serdang, Kulim. Pasukan bomba terpaksa menggunaka­n cangkul bagi mengeluark­an mayat kedua-dua mangsa, lapor Muhaamad Hafisd Nawawi dan Azhar Hashim

Kapasitiai­r yangmening­kat, derashakis bahagiante­pi jambatan

“Anak saya sempat selamatkan seekor kucing cedera dan membawanya pulang ke gerai kami untuk merawatnya sebelum kejadian”.

Itu kata Zuhainun Salim, 54, ibu kepada Mohamad Haziq Ishak, 17, yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bersama rakan, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor,

17, terjatuh ke dalam mendapan jalan sebelum ditimbus di Jalan Taman Serdang, Bandar Baharu, jam 10 malam kelmarin.

Muhammad Haikal Hakimi dan Mohamad Haziq, 17 yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang Baru meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan sedalam kira-kira 0.3 meter.

Kedua-dua mereka tidak menyedari jalan berhampira­n jambatan itu mendap menyebabka­n motosikal ditunggang­i terperosok ke dalam lubang.

Pada masa sama tiada tanda amaran diletakkan memaklumka­n kawasan itu tidak boleh dilalui akibat jalan mendap.

Mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Serdang ke Taman Serdang untuk bertemu rakan lain.

Mohamad Haziq yang disifatkan sebagai prihatin sempat menabur bakti terakhirny­a menyelamat­kan kucing yang ditemui di simpang empat pekan Serdang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan selepas dilanggar kenderaan, kira-kira sejam sebelum kejadian.

Zuhainun berkata, anaknya menemui kucing itu jam 9 malam sebelum dibawa pulang ke gerai keropok lekor mereka untuk dirawat serta turut memberi minuman kepada haiwan itu.

“Haziq memberitah­u akan merawat kucing itu, namun jika haiwan itu mati, dia sendiri akan menanamnya sebelum keluar semula bersama rakannya.

“Anak saya memang prihatin dan peramah sebab itu dia ingin benar menolong kucing itu,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Leret A, Serdang di sini.

Menurutnya, itu kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya sebelum menerima mesej memberitah­u Mohamad Haziq terjatuh ke dalam mendapan tanah.

“Saya terus bergegas ke lokasi dan ketika itu, mayat rakannya (Muhammad Haikal) sudah ditemui dan terdetik di hati jika betul mayat itu adalah Haziq maka saya reda.

“Tidak lama kemudian, mayat anak saya ditemui selepas baju sejuknya kelihatan ketika anggota penyelamat membawanya keluar malah ketika itu dia masih memakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Haikal, Norihan Che Doh, 40, berkata, perangai arwah anaknya berubah tiba-tiba apabila mula membasuh baju sekolah, periuk nasi dan bekas makanannya.

“Sebelum ini, arwah jarang berbuat demikian namun petang itu (kelmarin), selepas pulang dari kerja, saya hairan melihat arwah sudah membasuh baju sekolah, periuk dan bekas makanan.

“Namun saya tidak mengesyaki apa-apa malah petang itu pun arwah sempat meminjam RM3 untuk ke pasar malam dan selepas Maghrib, saya menyuruhny­a mengaji al-Quran di rumah guru mengaji namun dia pulang semula kerana memberitah­u rumah guru terbabit tiada orang,” katanya.

„ Mangsa selamat kucing cedera dilanggar sebelum ditimbus mendapan jalan bersama rakan

Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu kakak ipar yang memberitah­u motosikaln­ya terjatuh ke dalam mendapan tanah”

Norihan

Norihan berkata, tidak lama kemudian anaknya meminta izin ke kedai di pekan Serdang dan meminta RM3 lagi serta berjanji akan pulang awal.

“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu kakak ipar yang memberitah­u motosikaln­ya terjatuh ke dalam mendapan tanah dan terus bergegas ke sana,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu

Deputi Superinten­dan Baruddin Wariso berkata, Muhammad Haikal yang berasal dari Kampung Leret C dan Mohamad Haziq dari Kampung Leret A dipercayai gagal menyedari berlaku mendapan ketika motosikal ditunggang melalui jalan berkenaan.

Katanya, orang awam yang menyedari kejadian memaklumka­n kepada pihak berkuasa sebelum operasi mencari dan menyelamat­kan dilancarka­n membabitka­n anggota polis, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela Parit Buntar.

“Pada jam 12.15 tengah malam tadi (kelmarin), mayat Muhammad Haikal ditemui dan dikeluarka­n pasukan penyelamat manakala mayat Mohamad Haziq dikeluarka­n lima minit kemudian.

“Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Kulim untuk pengesahan dan proses bedah siasat dijalankan pagi ini (semalam),” katanya dihubungi.

Ketua BBP Serdang Mohd Faiz Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 10.07 malam.

“Seramai 11 anggota bersama jentera dan ambulans Perkhidmat­an Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Kami turut menggunaka­n cangkul bagi menggali kawasan runtuhan sebelum kedua-dua mangsa ditemui dan dikeluarka­n,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut melawat lokasi kejadian dan menziarahi dua keluarga mangsa sebelum menyampaik­an sumbangan.

Saifuddin berkata, kejadian itu menyebabka­n laluan dari pekan Serdang ke beberapa taman perumahan terputus perhubunga­n membabitka­n anggaran 1,000 rumah.

“Bagaimanap­un masih ada laluan alternatif, cuma sedikit jauh jaraknya.

“Saya juga sudah diberi taklimat oleh pegawai daerah, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu dan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan kejadian ini di mana usia jambatan ini juga agak lama,” katanya.

Beliau meminta orang ramai mematuhi arahan keselamata­n dikeluarka­n pihak berkuasa dan pihaknya akan berusaha membaik pulih kerosakan berkenaan.

 ??  ?? Mohamad Haziq
Muhd Haikal
Mohamad Haziq Muhd Haikal
 ?? Zuhainun ?? JAMBATAN runtuh akibat mendapan sehingga meragut dua nyawa, semalam. Haziq memberitah­u akan merawat kucing itu, namun jika haiwan itu mati, dia sendiri akan menanamnya sebelum keluar semula bersama rakannya”
MUHAMMAD Haikal
MOHAMAD Haziq
Zuhainun JAMBATAN runtuh akibat mendapan sehingga meragut dua nyawa, semalam. Haziq memberitah­u akan merawat kucing itu, namun jika haiwan itu mati, dia sendiri akan menanamnya sebelum keluar semula bersama rakannya” MUHAMMAD Haikal MOHAMAD Haziq
 ??  ?? ZUHAINUN sebak menceritak­an kejadian kepada ahli keluarga.
ZUHAINUN sebak menceritak­an kejadian kepada ahli keluarga.
 ??  ?? NORIHAN ditenangka­n ahli keluarga ketika ditemu bual media di kediaman mereka di Kampung Leret C, Sedang, semalam.
NORIHAN ditenangka­n ahli keluarga ketika ditemu bual media di kediaman mereka di Kampung Leret C, Sedang, semalam.
 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang berlumpur.
PENDUDUK melihat mayat pertama yang dibawa naik. MAYAT dua sahabat yang dibawa keluar sedia untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
KEADAAN motosikal mangsa yang berlumpur. PENDUDUK melihat mayat pertama yang dibawa naik. MAYAT dua sahabat yang dibawa keluar sedia untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia