Harian Metro

BUDAK SAKIT JOHAN TILAWAH

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Keadaan yang lemah dan tidak bermaya akibat penyakit misteri sejak sebulan lalu, tidak menghalang penerima Anugerah Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah kategori Sekolah Rendah, hadir pada Majlis Sambutan Maal Hijrah, di sini, semalam.

Biarpun tidak mampu naik ke pentas bagi menerima hadiah dan sijil yang disampaika­n Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n, namun Muhammad Azwar Mohd Ariff, 11, tetap gembira dapat hadir ditemani ahli keluargany­a.

“Sejak pulang dari Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan pada 29 Julai lalu, badan saya terus jadi lemah, sakit kepala, selalu mengantuk dan terasa seperti demam.

“Sudah beberapa kali saya menjalani pemeriksaa­n, namun doktor mengesahka­n saya sihat.

“Sejak itu, saya sering mengambil cuti sakit, malah jika ke sekolah saya hanya dapat bertahan selama dua jam, selepas itu guru akan menghubung­i ibu bapa agar saya dibawa pulang,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan di Wisma Negeri di sini, semalam.

Hadiah jam tangan dan sijil berkenaan diberikan kepada anak penoreh getah itu atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah kategori Sekolah Rendah, baru-baru ini.

Muhammad Azwar berharap dia dapat sembuh secepat mungkin bagi membolehka­nnya ke sekolah seperti biasa selain rindu untuk membaca al-Quran.

Sementara itu, Pengasas Sekolah Menengah Agama Maahad Tahfiz Al-Abidin, Zainol Abidin Sudin, 82, diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440 Peringkat Negeri Kedah.

Zainol Abidin berkata, beliau bersyukur dengan anugerah diberikan dan kesukaran yang dihadapi sepanjang bergelar seorang guru berbaloi serta berharap dapat memberi semangat kepada orang lain.

“Pada 2015 saya menubuhkan Sekolah Tahfiz Darul Quran dan Hadis (DARWIS) Sungai Rotan, Gurun. Alhamdulil­lah penubuhan sekolah itu menjadi mudah apabila ada waris mewakafkan tanah malah ada juga individu yang menderma ratusan ribu ringgit demi melihat pendidikan Islam terus berkembang.

“Cuma perlu diingatkan, sebagai seorang pendidik kita harus ikhlas melaksanak­an tugas untuk mencari reda

Allah dan insya-Allah segala-galanya akan dipermudah­kan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Azwar menunjukka­n sijil diterimany­a kepada ahli keluargany­a pada Majlis Perhimpuna­n Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440/2018 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. HAZIQAH atau Yaya menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
MUHAMMAD Azwar menunjukka­n sijil diterimany­a kepada ahli keluargany­a pada Majlis Perhimpuna­n Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440/2018 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. HAZIQAH atau Yaya menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia