Harian Metro

Teliti kaitan Abu Sayyaf

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Kes culik dua nelayan warga Indonesia di perairan Semporna awal pagi semalam dipercayai didalangi kumpulan culik untuk tebusan (KFR).

Pemangku Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengesahka­n dua nelayan, juragan Samsul Saguni, 40, dan pembantuny­a Usman Yunus, 35, diculik antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi semalam.

“Kami percaya penculik itu ada kaitan dengan kumpulan KFR dan kami sedang teliti perkara ini termasuk sama ada ia berkaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf.

“Ketika kejadian, keadaan gelap dan dua suspek dilihat memakai topeng muka serta berpakaian gelap.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai membawa raifal M16 berdasarka­n keterangan diberikan seorang daripada dua nelayan yang terselamat kerana bersembuny­i dalam kejadian itu,” katanya sambil menambah, mereka semua nelayan warga Indonesia yang juga pemegang pasport yang sah.

Omar berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Muis, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Omar berkata, ketika kejadian, empat nelayan berada dalam kapal nelayan sebelum didatangi suspek, namun dua daripadany­a sempat menyembuny­ikan diri.

Tambah beliau lagi, nelayan yang terselamat berkata, tiada tembakan dilepaskan dan penculik melarikan diri bersama mangsa dengan menaiki bot ke lokasi yang tidak diketahui.

“Kami tidak pasti sama ada mereka masih berada di Sabah atau sebaliknya, tetapi polis memburu suspek,” katanya.

Mengulas lanjut, Omar berkata, Semporna adalah kawasan perintah berkurung dilaksanak­an namun pemilik kapal nelayan memohon permit keluar menangkap ikan sepanjang perintah berkurung dijalankan.

Omar juga berkata, polis akan memaklumka­n kepada Konsulat Indonesia berhubung perkembang­an

„ Dua nelayan warga Indonesia diculik dipercayai didalangi kumpulan KFR

kes itu.

Sementara itu, Mohd Shafie menegaskan, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada pihak berkuasa Indonesia dan memastikan tindakan diambil untuk mengukuhka­n keselamata­n negara.

“Nyawa rakyat harus dilindungi tidak kira walaupun siapa mereka. Mereka diculik di perairan kita dan ia menjadi tanggungja­wab kita untuk membantu negara jiran.

“Saya akan mengarahka­n tindakan susulan walaupun mereka warga Indonesia. Kami akan membantu dalam memperting­katkan rondaan dan risikan di mana mereka berada supaya tindakan dapat diambil segera,” katanya.

Ini kejadian culik pertama yang berlaku di perairan Sabah selepas dua tahun apabila kejadian terakhir berlaku pada 8 Disember 2016 apabila tiga penjenayah ditembak mati pasukan keselamata­n dan dua ditangkap di perairan Semporna.

 ?? Omar Mammah ?? Dua nelayan sempat menyembuny­ikan diri ketika didatangi suspek ” BOT nelayan warga Indonesia dipercayai diculik kumpulan KFR, semalam.
Omar Mammah Dua nelayan sempat menyembuny­ikan diri ketika didatangi suspek ” BOT nelayan warga Indonesia dipercayai diculik kumpulan KFR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia