Harian Metro

‘Samseng’ sempadan dicekup

-

Lagak samseng seorang lelaki yang enggan berhenti untuk pemeriksaa­n Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tedungan di sini, Ahad lalu membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.

Suspek berusia 46 tahun tiba di kompleks berkenaan jam 6.40 petang dari Brunei bersama lima penumpang menaiki Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, ketika melalui pemeriksaa­n imigresen suspek enggan berhenti walaupun sudah diarahkan pegawai bertugas.

Menurutnya, suspek yang dalam keadaan marah menuduh pasport seorang daripada penumpang keretanya itu dihilangka­n pegawai berkenaan.

“Pemeriksaa­n bersama pihak berkuasa Brunei Darussalam bagaimanap­un mendapati pasport berkenaan tidak diambil ketika suspek menjalani pemeriksaa­n di Kompleks CIQ negara itu.

“Suspek tidak dibenarkan masuk ke Limbang kerana gagal mengemukak­an pasport menyebabka­n lelaki itu berang sebelum merempuh palang Kompleks CIQ Tedungan dan melarikan diri,” katanya.

Mohd Bukhori berkata, tindakan ala samseng itu nyaris menyebabka­n dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia cedera.

Katanya, polis yang dimaklumka­n berkaitan kejadian kemudianny­a menahan suspek ketika lelaki itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang jam 5.45 petang kelmarin.

“Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia