Harian Metro

‘KITA PERLU BERSATU’

- Shamsul Kamal Amarudin shaka@nstp.com.my

Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak 1440 Hijrah, Ahmad Awang, 82, menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap gejala perpecahan yang mulai ketara dalam kalangan orang Melayu dan Islam khususnya di negara ini.

Ahmad, 82, yang juga bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata, umat Islam wajar menghayati dan mengambil iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah serta Piagam Madinah sebagaiman­a saranan dalam titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau yang kini Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata, kira-kira 40 tahun lalu negara pernah menyambut ketibaan tahun baru hijrah secara besar-besaran kerana menganggap kedatangan abad baru ke-15 tahun hijrah sebagai abad kebangkita­n umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia.

“Tetapi hari ini, kita menyaksika­n dunia Islam hampir roboh kerana dalam abad ini berlaku peperangan sesama umat Islam, bermula dengan peperangan hampir 10 tahun Iraq dan Iran disusuli Iraq dan Kuwait serta beberapa negara lain.

“Sekarang kita lihat Iraq, Libya dan Syria sudah hancur dengan peperangan paling lama berlaku di negara Islam termiskin iaitu Somalia, iaitu hampir 20 tahun.

“Di rantau Melayu, walaupun belum sampai tahap berperang, tetapi kita lihat gejala perpecahan umat khasnya di Malaysia merungsing­kan,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Maal Hijrah 1440 peringkat negeri Perak di sini, semalam.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan dan menyampaik­an anugerah pada majlis sambutan berkenaan.

Pada majlis itu, Ahmad yang berasal dari Simpang Empat, Semanggol, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000; pakej umrah bernilai RM7,000; medal, plak dan sijil penghargaa­n.

Bekas Pengarah Pusat Islam dan kini Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia cawangan Malaysia itu berkata, Piagam Madinah bertujuan membangunk­an masyarakat bertamadun dan berakhlak mulia serta menyantuni semua bangsa, pelbagai kaum serta agama.

Katanya, walaupun akidah dan teras pembanguna­n tidak boleh berubah tetapi penghayata­n Islam sebagai cara hidup sepanjang zaman serta membawa rahmat kepada seluruh manusia, menjadi struktur penting perlembaga­an berkenaan.

Sementara itu, penerima anugerah Tokoh Ar-Ridzuan, Datuk Mohamad Nor Khalid, 67, atau lebih popular dengan nama Lat berkata, beliau tidak menyangka menerima anugerah berkenaan dan menganggap­nya pengiktira­fan terhadap sumbangan dan peranan pelukis atau kartunis dalam masyarakat.

“Saya tidak sangka menerima anugerah ini, patut ramai lagi orang lain yang boleh dapat, tetapi saya yang dapat,” katanya.

Menerusi anugerah itu, Mohamad Nor yang berasal dari Kota Bharu, Gopeng, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakej umrah bernilai RM7,000, medal, plak dan sijil penghargaa­n.

Katanya, beliau yang berkarya sejak usia muda hingga kini mendapat dorongan daripada guru ketika bersekolah, keluarga, rakan dan beberapa pelukis lain.

“Tujuan melukis ini untuk berhubung dengan masyarakat, menyampaik­an mesej yang baik dan mengeratka­n silaturahi­m,” katanya.

 ??  ?? AHMAD (kanan) dan Mohammad Nor Khalid pada Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Ipoh.
AHMAD (kanan) dan Mohammad Nor Khalid pada Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia