Harian Metro

PEGANG TEGUH AYAT SUCI

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

“Ketika saya mula-mula mencari ilmu seorang diri selepas memeluk agama Islam, ayat suci al-Quran yang menjadi pembantu dalam kehidupan saya,” kata Kamarudin Abdullah yang dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang, semalam.

Kamarudin, 50, yang juga Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabang­sa (IPSI) berdepan cabaran dan rintangan selama 30 tahun untuk berdakwah bagi menyebarka­n Islam, apatah lagi beliau seorang mualaf yang terkapai-kapai seorang diri mencari ilmu.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, beliau hanya berpegang kepada al-Quran, dan setiap masalah dihadapi biasanya membawa kepada pertolonga­n yang tidak disangka.

“Alhamdulil­lah, syukur di atas nikmat dan pertolonga­n yang diberi ketika diri ini berseorang­an tanpa sesiapa untuk mencari ilmu selepas memeluk Islam 30 tahun lalu.

“Semua ini saya peroleh kerana berpegang teguh kepada ayat suci al-Quran yang menemani saya ketika hendak memperjuan­gkan agama Islam hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kubang Menerong, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Kamarudin menerima piala, plak penghargaa­n dan wang tunai berjumlah RM8,000 yang disampaika­n Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Lebih 1,000 penduduk sekitar negeri hadir memeriahka­n sambutan yang diadakan sejak pagi dengan menonton forum yang disampaika­n penampilan istimewa penceramah terkemuka, Ustaz Don Daniyal.

Kamarudin berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam yang memberi pengiktira­fan kepadanya sempena sambutan tahun baru Islam.

 ??  ?? ABDUL Rahman (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Kamarudin pada Majlis Perhimpuna­n Ummah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Raflesia, Tasek Gelugor.
ABDUL Rahman (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Kamarudin pada Majlis Perhimpuna­n Ummah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Raflesia, Tasek Gelugor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia