Harian Metro

Tak puas hati didakwa Syiah

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

„

Empat laporan polis dibuat terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) susulan serbuan jabatan itu di sebuah premis yang didakwa sebagai markas pengikut Syiah pada 30 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad mengesahka­n laporan itu dan memaklumka­n ia dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Menurutnya, laporan pertama dibuat 2 September lalu manakala tiga lagi keesokan harinya.

“Antara dilaporkan adalah mengenai rasa tidak berpuas hati sebahagian pengadu mengenai tindakan yang diambil JAHEAIK pada malam serbuan itu.

“Sebahagian lagi menyuaraka­n kesal mereka kerana dituduh pengikut fahaman Syiah,” katanya.

Din berkata, semua laporan itu dirujuk kepada JAHEAIK untuk tindakan susulan.

Difahamkan, seorang daripada individu membuat laporan itu adalah lelaki yang disyaki ketua kumpulan fahaman Syiah di negeri itu.

Pada 30 Ogos lalu, JAHEAIK menyerbu sebuah premis di Jalan Sri Cemerlang di sini, dipercayai markas pengikut Syiah dan menahan 40 individu termasuk kanak-kanak.

Serbuan bermula 10.30 malam itu dilakukan pasukan penguat kuasa JAHEAIK dengan bantuan polis.

Ketika operasi, ahli kumpulan itu lelaki dan wanita dikatakan sedang melakukan upacara keagamaan yang meragukan dan bertentang­an dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pasukan JAHEAIK merampas buku agama dan risalah dalam serbuan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia