Harian Metro

Tiada keperluan siasat dakwaan diintip

-

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyifatka­n tiada keperluan untuk menyiasat dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akaun media sosial milik baginda dan Sultan Johor diintip setakat ini.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, siasatan hanya dilakukan jika aduan dikemukaka­n kepada pihak berkuasa dan perkara itu dirujuk pada kementeria­nnya.

Tegasnya, pihaknya tidak melakukan pemantauan terhadap media sosial atau e-mel dan beliau sendiri tidak pasti dari sumber mana yang mengatakan terdapat intipan itu.

“Kami memang tidak ada memantau kerana tidak mahu mengganggu privasi mana-mana individu, asalkan tidak menyalahi undang-undang.

“Melainkan ada yang sebar fitnah dan mewujudkan benda tidak selamat, barulah dikuatkuas­akan undang-undang.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga sudah memberi jaminan perkara itu tidak berlaku,” katanya ketika sidang media selepas majlis Jamuan Rakyat Sempena Awal Muharram di sini, semalam.

Sebelum ini dilaporkan, Tunku Ismail mendakwa media sosial milik baginda dan Sultan Johor diintip menggunaka­n teknologi buatan Israel.

Dakwaan itu dimuat naik di akaun rasmi Facebook baginda HRH Crown Prince of Johor mendakwa ramai askar maya ditempatka­n di laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia