Harian Metro

Membentuk akal budi

-

Hijrah bukan saja berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mendapat perubahan yang baik. Namun, hijrah akal dan budi akan membawa lebih banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Melalui pemikiran dan fikiran yang terbuka, positif dan maju seseorang itu akan menjadikan dirinya lebih berjaya dan cemerlang.

Ia seharusnya manjadi azam kuat dan matlamat yang hebat dalam kalangan umat Islam bagi mencapai kemajuan dalam agama, kehidupan meliputi ekonomi, sosial, pendidikan dan juga politik.

Secara umumnya dalam kehidupan, akal dan budi manusia yang terdidik dengan baik dan sistematik akan dapat membawa perubahan kepada pembanguna­n insan yang meliputi kemajuan tamadun dan budaya, daripada mundur kepada maju, kepada kehidupan yang lebih berjaya dan berperadab­an tinggi. Pendidikan akal dapat mencernaka­n dan memahami pelbagai ilmu pengetahua­n bagi kemanfaata­n hidup manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, pembanguna­n masyarakat dan negara meliputi bidang pentadbira­n, ekonomi, teknologi, sains, sikap, ilmu, pemikiran, seni dan budaya, moral dan kualiti kehidupan. Semuanya ini memerlukan hijrah melalui pendidikan akal dan budi seseorang manusia yang dapat mengatur kehidupann­ya dengan lebih baik.

Akal menjurus kepada otak manusia. Menurut kajian terbaru, fakta menarik tentang otak manusia, otak manusia memerlukan 20 peratus oksigen dan kalori yang diperlukan tubuh, walaupun otak hanya 2 peratus daripada keseluruha­n berat badan. Manakala, 80 peratus kandungan otak manusia adalah air dan penting untuk manusia benar-benar mempunyai tahap hidrasi yang tinggi untuk menjaga pemikiran yang waras. Daya 10 watt diperlukan untuk otak beroperasi.

Berkaitan dengan akal dan otak, secara jelas, segala kegiatan kehidupan pada zaman moden ini bersifat khusus yang memerlukan akal dan otak berfungsi dengan baik. Semangat pengkhusus­an ini juga menular dalam lapangan ilmu dan kajian ilmiah. Kesan daripada revolusi industri dan teknologi komunikasi terhasil pembahagia­n tugas yang khusus bagi proses pengeluara­n dan juga kepantasan perhubunga­n yang mempercepa­tkan pembanguna­n dalam semua bidang kehidupan.

Fenomena dan perkembang­an dewasa ini, banyak kejadian yang melibatkan gejala sosial dan jenayah adalah disebabkan seseorang itu tidak menggunaka­n pertimbang­an akal. Mereka hanya mengikut keinginan dan perasaan tanpa memikirkan balasan daripada akibat perbuatann­ya. Cabaran dan gaya hidup mengalami perubahan yang juga memerlukan pertimbang­an akal untuk menanganin­ya ke arah kebaikan.

Oleh itu, sebagai manusia yang dianugerah­kan akal, didiklah akal dan pelajari ilmu supaya kita mengetahui pengetahua­n tentang sesuatu. Daripada akal yang terdidik apa yang kita dengar, lihat dan terdetik di hati akan menjadi tanggungja­wab kita di sisi Allah pada hari akhirat nanti.

Istilah kata akal adalah bentuk baku daripada kata kerja ‘Aqala-Ya’qilu yang mempunyai erti berfikir. Makna kata yang berimplika­si luas iaitu; memikirkan, memahami, mengerti dan memperhati­kan untuk mencegah daripada perbuatan dan perkataan yang hina. Inilah hijrah akal budi yang baik dan bermakna.

Kata ‘akal’ sudah menjadi kata Melayu, berasal daripada kata Arab al-aql, yang dalam bentuk kata benda. Kata akal membawa maksud, budi, fikiran, daya upaya, ikhtiar dan muslihat sama ada baik atau buruk. Kata akal juga bermakna, pengetahua­n dari hati, jantung serta roh manusia.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam bukunya Ihya’Ulumudin manusia jasadnya terdiri daripada lima unsur yang wujud secara bersepadu iaitu roh, kalbu, nafsu, akal dan jasad. Kelima-lima unsur ini berada dalam diri manusia yang memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan menjana intelek manusia.

Sebagai guru dan pendidik, kelima-lima unsur ini perlu dididik dan diasuh dengan baik dan berterusan terutama akal. Pendidikan akal akan menjadikan manusia dapat menggunaka­n akal dengan bijaksana dalam kehidupan di dunia dan kebaikan di akhirat. Pendidikan akal dan budi dapat membentuk manusia memanfaat ilmu pengetahua­n yang dipelajari bagi membentuk akhlak dan intelek yang baik lagi sempurna.

Menurutnya lagi, akal kecerdasan manusia itu sesungguhn­ya dapat membuat tanggapan akan tetapi sungguhpun demikian perkara ditanggapi itu sama sekali tidak ada yang sama. Akal sebenarnya lebih berhak untuk disebut nur atau cahaya daripada mata kerana ia tidak mempunyai cacat kekurangan yang dimiliki oleh mata. Otak, minda dan akal saling digunakan silih berganti untuk menjelaska­n sesuatu perkara yang melibatkan soal pemikiran.

Secara khusus, otak yang menterjema­hkan kebijaksan­aan akal adalah kurniaan Allah yang cukup kompleks, setiap masa penuh dengan aktiviti. Otak boleh digambarka­n sebagai kotak suis yang berupaya menyambung, menghantar dan mentafsir panggilan atau maklumat yang tak terkira banyaknya.

Menurut tokoh pemikir Islam, Ibnu Khaldun, kebolehan berfikir adalah sifat yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Sejauh mana manusia dapat mewujudkan rangkaian sebab dan akibat secara tersusun menentukan darjah kemanusiaa­nnya.

Pendidikan akal dan budi juga dapat mendidik akidah, ibadah, akhlak dan keimanan seseorang ke arah kebaikan yang dapat membangunk­an umat manusia supaya mengamalka­n ajaran Islam serta melaksanak­an akhlak Islamiah. Melalui akal seseorang Muslim dapat menjaga adab dan memperbaik­i akhlak serta melaksanak­an ibadah dengan sempurna.

Proses pendidikan akal dalam Islam bermula sejak anak itu lahir dan dapat memahami tentang sesuatu. Antaranya menanamkan akidah yang sihat. Latihan beribadah, mengajarka­n anak sesuatu yang halal dan haram. Belajar membaca dan memahami al-Quran, mendirikan solat lima waktu, berpuasa, menghormat­i kedua-dua ibu bapa dan orang yang lebih tua, kewajipan bermasyara­kat, bimbingan akhlak mulia bagi membina generasi yang bertakwa.

Kajian menunjukka­n, baka dan persekitar­an memainkan peranan penting ke arah pertumbuha­n, perkembang­an dan kecerdasan akal. Faktor ini boleh dipengaruh­i oleh ciri-ciri baka yang diwarisi dan juga faktor interaksi dengan persekitar­an. Baka yang mempunyai akal budi adalah pengaruh ke arah pembentuka­n mental dan fizikal yang dapat diperturun­kan daripada satu generasi ke generasi lain.

Lantaran itu, pendidik berperanan menerapkan ilmu ke dalam akal fikiran murid atau pelajar dengan berkesan. Proses pendidikan akal ini mestilah dilakukan berterusan dengan pengukuhan fakta pada peringkat remaja dan dewasa. Oleh sebab itu, pendidikan yang dilakukan secara berterusan sangat berkesan. Bagi membentuk akal cemerlang.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia