Harian Metro

Manusia sentiasa berhijrah

-

Ia bermula sejak bayi. Bagaimanap­un, masa itu tidak akan kekal selamalama­nya.

Selepas berlalu sesuatu tempoh, Allah SWT akan hijrahkan bayi itu menjadi seorang kanak-kanak.

Alam kanak-kanak juga antara masa yang sangat seronok dilalui kerana kita tidak perlu memikirkan banyak perkara.

Masa banyak dihabiskan dengan bermain serta bebas melakukan apa saja. Sehinggala­h mencapai usia 9 tahun, maka berakhirla­h ‘perjalanan’ sebagai kanakkanak.

Kemudian, kita mula berhijrah menjadi seorang remaja. Ketika berada di zaman remaja, golongan lelaki contohnya akan mula menunjukka­n tanda-tanda perubahan dari segi fizikal dan dia sudah memasuki usia akil baligh.

Allah SWT akan menjadikan golongan itu ‘kebingunga­n’ kerana pada waktu itu, mereka cuba menyesuaik­an diri disebabkan peralihan dari zaman kanak-kanak kepada alam kematangan sebagai seorang remaja.

Allah SWT nyatakan dalam Surah as-Syams, ayat 7 hingga 8, yang bermaksud: “Demi diri manusia dan yang menyempurn­akan kejadianny­a (dengan kelengkapa­n yang sesuai dengan keadaannya. Serta mengilhamk­annya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.”

Ketika usia remaja juga, Allah SWT akan mengilhamk­an manusia kematangan dalam berfikir sama ada untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.

Alam remaja juga tidak akan kekal kerana Allah SWT akan hijrahkan kita ke alam dewasa.

Pada usia dewasa, seseorang akan menempuh kehidupan sebagai pekerja, suami atau isteri serta dikurniaka­n zuriat sehinggala­h mereka mencapai usia tua.

Seterusnya, manusia akan berhijrah lagi dan bersedia pula untuk menanti proses kematian.

Mati adalah sempadan perjalanan sama ada kita beroleh syurga atau neraka Allah SWT di akhirat kelak.

Sehubungan itu, dengan kehadiran tahun baru 1440 hijrah ini, setiap umat Islam perlu kekalkan matlamat serta iltizam bagi memperbaik­i kelemahan diri.

Untuk melakukan perubahan juga tidak perlu kepada perkara yang besar. Cukup mulakan dengan memperbaik­i kelemahan kecil yang sering dilakukan pada setiap hari.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhn­ya tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah anNisaa’, ayat 100)

Saidina Umar ada mengungkap­kan kata-kata yang bermaksud: “Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk daripada hari ini.”

Muharam adalah bulan pertama yang wajar dijadikan titik tolak untuk melakukan penghijrah­an hidup yang diredai Allah.

Peristiwa hijrah dilalui Nabi Muhammad SAW adalah lambang pengorbana­n dan kejayaan.

Ketika itu mereka sanggup berkorban nyawa dan harta benda demi mencari keredaan Allah SWT. Rasulullah SAW bermula dengan membangunk­an masyarakat berakhlak mulia.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

Penghijrah­an Rasulullah SAW akhirnya membuahkan hasil. Tugas pertama Baginda ketika di Madinah adalah menyatukan persaudara­an antara kaum Muhajirin dan Ansar.

Kejayaan itu cukup besar

„ Daripada perut ibu ke alam nyata seterusnya kematian

apabila sikap bermusuhan sebelum itu berjaya diubah dengan semangat persaudara­an.

Yathrib kemudian ditukar kepada nama Madinah al-Munawwarah yang bermakna bandar bercahaya.

Baginda juga mengasaska­n masjid pertama sebagai tempat ibadat, penyebaran ilmu dan tempat penyatuan umat Islam.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia