Harian Metro

Kewajipan berbakti kepada ibu bapa

-

segala-galanya kepada si anak.

Bayi akan menangis semahu-mahunya kerana mendapati diri dalam keadaan begitu asing ketika baru dilahirkan.

Dakapan ibulah yang menenangka­n bayi ketika itu. Ibu kemudian mengajar bayinya menyusu bagi menikmati rezeki yang baik dan menyihatka­n itu.

Justeru, hati ibu jangan dibiarkan terluka. Jika itu terjadi, maka ia akan menutup petunjuk Allah

SWT selain mendatangk­an malapetaka kepada kehidupan anak.

Ali bin Abu Talib meriwayatk­an: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, ‘Aku berlepas diri daripada orang yang tidak memenuhi hak kedua-dua orang tuanya.’

“Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya orang itu tidak memiliki apa-apa yang dapat diberikan kepada orang tuanya?’

“Nabi menjawab, ‘Apabila mendengar kata-kata orang tua itu, jawablah, ‘Aku dengar dan aku taat, jangan berkata ‘ah’ dan jangan membentak mereka dan katakanlah katakata yang baik.’”

Al-Quran, sunah dan ijmak ulama menegaskan, hukum berbakti kepada orang tua itu adalah wajib.

Dalam Surah al-An’am, ayat 151, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Marilah kubacakan apa yang Allah haramkan ke atas kamu iaitu janganlah kamu memperseku­tukannya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu.”

Allah SWT melanjutka­n usia orang tua sehingga dapat membesarka­n kita, itu satu nikmat yang cukup besar.

Orang tua kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya.

Bagaimana pula bagi mereka yang sudah ketiadaan insan mulia itu di dunia ini? Mungkin ramai menganggap, mereka sebenarnya tidak puas berbakti kepada orang tuanya.

Ada juga menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Apabila melalui detik kehilangan itu, barulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunank­epada ibu bapa mereka.

Bagaimanap­un, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada.

Seorang ulama besar, al-Faqih Uthman bin Hasan bin Ahmad mengatakan, ada orang yang pernah bertanya kepadanya, masih adakah kesempatan bagi seorang anak berbakti kepada orang tuanya yang sudah meninggal dunia.

Beliau menjawab, “Lakukanlah tiga perkara iaitu jadilah anak yang soleh, bersilatur­ahim dengan kaum kerabat dan sahabat-sahabat orang tuamu dan memohon keampunan serta mendoakan rahmat Allah untuk mereka.”

Jelas kepada kita, masih ada cara untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal dunia iaitu mendoakan mereka, memohon keampunan untuk mereka, melaksanak­an wasiat mereka, menghubung­kan silaturahi­m dan menghormat­i sahabat mereka.

Selain itu, salah satu cara adalah dengan bersedekah atau infaqkan harta yang pahalanya diniatkan untuk orang tua kita.

Seorang sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya dia sudah tidak mempunyai ibu dan bapa di dunia ini, apakah yang perlu dia lakukan?”

Nabi menjawab: “Bersedekah­lah untuk keduadua ibu bapa dengan membaca al-Quran atau mendoakan mereka.

“Apabila ada anak yang mengabaika­n hal itu, dia menderhaka kepada ibu bapanya. Sesiapa yang menderhaka kepada orang tua, dia berdosa besar.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia