Harian Metro

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penemuan mayat

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkaitan penemuan mayat lelaki di kawasan Tanah Perkuburan Cina Batu 1, Jalan Labis di Yong Peng, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superinten­dan KS Mender Singh berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Wong, 58, ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan luka dan berdarah di bahagian belakang kepala kira-kira jam 7.50 pagi di kawasan kubur itu.

Menurutnya, pihaknya kemudian menubuhkan pasukan khas dan menjalanka­n siasatan dari pelbagai sudut sebelum memperoleh maklumat mengenai suspek.

“Hasil maklumat, kami melakukan intipan dan memberkas dua lelaki berusia 31 tahun pada jam 9.30 malam dan seorang lagi awal pagi tadi (semalam) di dua lokasi berbeza di sekitar daerah ini.

“Kami juga merampas 13 barang untuk membantu siasatan termasuk sebilah pisau berukuran 47 sentimeter dan dua motosikal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, bedah siasat terhadap mangsa mendapati tulang rusuk kanan mangsa patah serta bahagian tengkorak kanan terdapat kesan retak kecil dipercayai dipukul menggunaka­n objek tumpul.

Kertas siasatan beberapa kes yang dikaitkan dengan penjenayah paling dikehendak­i, Keri Pok Jeng termasuk pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah pada 2015 mungkin akan dibuka semula.

Pembukaan semula siasatan itu akan dibuat sekiranya menemui petunjuk baru.

Bagaimanap­un, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, pihaknya sukar mengesahka­n sama ada Keri adalah pembunuh upahan atau sebaliknya dalam kes itu.

“Hanya suspek tahu kejadian sebenar sama ada dia melakukan jenayah itu atas arahan pihak tertentu atau sebaliknya.

“Namun, berdasarka­n bukti dan hasil siasatan yang diperoleh seperti modus operandi dan bentuk fizikal daripada saksi, suspek dipercayai terbabit dalam beberapa siri pembunuhan termasuk di Terengganu iaitu kes culik dan bunuh di Sungai Cerul, Kemaman pada 2007 selain kes tembak mati di Wakaf Tapai dan Bukit Payung, Marang masing-masing pada 2012 dan 2015.

“Sekiranya suspek diupah tentunya ada pihak lain yang bertanggun­gjawab dan jika kita memperoleh petunjuk baru mengenai dalang di sebalik semua kejadian ini, kes akan dibuka semula dan diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fazlisyam berkata, buat masa ini kes berkenaan dianggap selesai tanpa petunjuk baru.

Keri atau nama sebenarnya, Syukri Mohamad Abiah, 37, yang terbabit pelbagai jenayah ditembak mati di FELDA Neram Satu dekat Chukai, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.

Keri yang bersembuny­i di rumah dalam pembinaan itu ditemui mati selepas dua

 ??  ?? MAYAT terbujur di tepi jalan tanah perkuburan.
MAYAT terbujur di tepi jalan tanah perkuburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia