Harian Metro

Fikir positif beri kekuatan

Siti berkongsi jalani pelbagai rawatan dalam usaha dapat zuriat pada program terbaru Ustaz Ebit Lew

- DARI MUKA R23

Pada masa sama,

Siti yang kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir setahun berehat berkongsi keterujaan untuk memberikan Aafiyah makanan pelengkap.

“Alhamdulil­lah, Aafiyah genap lima bulan pada 19 Ogos lalu. Dia penghibur dan penawar saya dan suami. Insya-Allah, tidak lama lagi dia sudah boleh makan. Sebenarnya, saya yang teruja.

“Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberikan ‘aafiyah’ (banyak kebaikan) buat anak saya,” katanya.

Menambahka­n lagi keceriaan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K apabila ulang tahun ke-12 perkahwina­n mereka pada 21 Ogos lalu disambut bersama Aafiyah.

Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusaha. Padahal saya sudah usaha cuma saya tak beritahu saja

Ia sekali gus melengkapk­an kehidupan rumah tangga dibina Siti dan suami selepas sekian lama menanti.

Malah, menerusi program terbaru Ustaz

Ebit Lew iaitu A Bit With

Ebit yang disiarkan di TV Alhijrah pada 4 September lalu, Siti berkongsi sudah melakukan pelbagai kaedah dan rawatan dalam usaha mendapatka­n cahaya mata.

Baik rawatan tradisiona­l mahupun moden, semuanya sudah dicuba Siti, namun tidak berjaya.

“Sepuluh tahun itu adalah satu tempoh yang lama, tetapi saya sudah kuat kerana positif dan fikirkan yang baik saja kepada Allah. Apatah lagi saya sudah cuba macam-macam rawatan.

“Pergi berurut, buat rawatan tradisiona­l dan juga rawatan moden. Saya sudah buat IVF lima kali tetapi tidak cerita pada orang kerana tak nak nanti orang kata itu pun nak cerita.

“Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusaha. Padahal saya sudah usaha cuma saya tak beritahu saja,” katanya.

Syafiq Farhain tarik perhatian

Mengenai pembabitan Siti dalam program realiti Big Stage selaku juri tetap bersama Faizal Tahir, banyak beranggapa­n penyanyi lagu Terbaik Bagimu itu ‘pilih kasih’ terhadap peserta, Syafiq Farhain berdasarka­n komen diberikan.

“Ya ke? Bagi saya, dia berjaya dari segi persembaha­n. Dari awal hingga minggu keempat, dia buat persembaha­n menghiburk­an dan memuaskan hati kecuali dua minggu sebelum ini. Pada minggu kelima itu, persembaha­nnya sedikit kurang bahagian hujung.

“Minggu ini (keenam) saya boleh kesan kesilapan dilakukan menerusi lagu Mencari Cinta Sejati nyanyian asal Cakra

Khan. Saya bukan sengaja nak memuji, tetapi melihat apabila seseorang artis membuat persembaha­n dia menepati apa yang saya suka.

“Bagi Faizal, dia ada kriteria yang setuju dan tidak. Untuk saya pula, saya komen apa yang dirasa. Jadi, itulah kenyatanny­a,” katanya.

Ditanya adakah selepas ini akan ada kerjasama antara Siti dan Syafiq,

Siti berkata anak kepada penyanyi Saleem itu perlu melalui beberapa ‘halangan’ dahulu.

“Insya-Allah, macam saya cakap ketika memberikan komen di meja juri kalau ada rezeki dia antara artis yang ada keunikan suara yang dianugerah­kan Tuhan. Jadi, kalau diberi peluang saya rasa antara artis baru yang boleh pergi jauh.

“Menerusi program ini saya melihat peningkata­n yang sangat bagus untuk dia bersedia di pentas luar sana. Sepanjang enam minggu ini, saya kenal pasti dia ada masalah tempo. Jadi, dia perlu baiki lagi kelemahan ini,” katanya.-Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia