Harian Metro

Syamsul demam terkejut

Munafik 2 catat kutipan luar biasa melebihi RM35 juta dalam tempoh 12 hari

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pengarah berkaliber, Syamsul Yusof, 34, menganggap kejayaan filem Munafik 2 arahannya yang mencatat kutipan luar biasa melebihi RM35 juta dalam tempoh 12 hari tayangan sebagai rezeki anak keduanya yang bakal dilahirkan.

Syamsul yang berkahwin dengan pelakon Puteri

Sarah Liyana pada 2014 kini memiliki seorang anak, Syaikhul Islam berusia setahun lima bulan.

Ketika majlis pratonton filem Munafik 2 lalu, pasangan ini mengumumka­n berita kehamilan itu.

Syamsul berkata, usia kandungan isterinya kini baru

empat bulan dan dia bersyukur Sarah tidak mengalami sebarang alahan.

“Kehamilan Sarah kali ini okey saja dan tidak ada alahan teruk. Dia sihat dan aktif melakukan kerja seperti biasa. Syukur dan saya harapkan semuanya dipermudah­kan Allah SWT,” katannya.

Ditanya mengenai jantina bayi itu nanti, Syamsul berkata, dia masih ingin dikurniaka­n anak lelaki.

“Bagaimanap­un, jika Allah menganuger­ahkan kami anak perempuan, saya tetap terima dengan hati terbuka dan syukur.

“Apa yang penting keadaan isteri dan anak sihat. Itu yang selalu saya doa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kutipan Munafik 2 yang di luar jangkaan dan tidak diduga itu, Syamsul berkata, dia mengalami demam kerana terkejut. “Saya tidak jangka langsung dalam tempoh 12 hari tayangan, sambutan luar biasa berjaya dicatat filem Munafik 2.

“Terus terang, saya hilang kata-kata dan hanya mampu sujud syukur di atas kejayaan diperoleh filem ini. Memang saya tak duga langsung kerana sepanjang aktif menghasilk­an filem, fokus saya lebih ke arah mempersemb­ahkan karya yang baik.

“Apatah lagi, ibu dan bapa saya memang mengajar untuk tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kutipan. Mereka (ibu bapa) selalu ingatkan saya dan adik, Syafiq supaya urusan rezeki biar Allah yang tentukan,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai Munafik 2, Syamsul berkata, dia mengakui memang mengambil masa yang lama untuk menyiapkan filem bergenre seram Islamik itu.

“Boleh dikata filem ini saya hasilkan dengan sepenuh jiwa dan raga untuk elemen Islamik dimuatkan itu dikupas teliti serta mendalam.

“Saya akui mesej filem ini agak berat kerana berkait rapat dengan agama. Namun, tak sangka juga ada masyarakat bukan Islam yang menonton Munafik 2,” katanya

TAYANGAN DI INDONESIA

Mengulas mengenai tayangan di Indonesia pada 26 September ini di 50 pawagam di negara itu, Syamsul teruja.

Katanya, ini kerana sambutan baik sudah diterima daripada peminat filem di Indonesia sejak trailer Munafik 2 dilancarka­n lagi.

“Apapun, saya tetap yakin Munafik 2 akan mendapat sambutan baik daripada penonton di Indonesia nanti.

“Untuk kutipan pula, saya tidak fikirkan langsung kerana soal rezeki biarlah Allah SWT yang menentukan,” katanya

Selain Syamsul yang melakonkan watak utama, Munafik 2 turut menampilka­n lakonan hebat Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

 ?? FOTO AZIAH AZMEE & NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN ??
FOTO AZIAH AZMEE & NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia