Harian Metro

Gabungan reggae, pop yeh yeh

-

LAGU: PENYANYI: PENCIPTA:

LIKE:

TERBITAN: EDARAN:

Siapa yang menjangkak­an figura bernama Faizal Tahir akan hasilkan karya seperti Ragaman yang nyata ‘lari’ jauh daripada karyanya yang terdahulu.

Dari segi muzik, Ragaman menyajikan gabungan muzik reggae dengan pop yeh yeh. Namun, ia masih lagi kedengaran moden sekali gus sesuai untuk generasi masa kini.

Jika diamati liriknya, Ragaman lebih kepada luahan rasa seorang lelaki mengenai pasanganny­a yang disampaika­n dalam bentuk komedi.

Menggunaka­n bahasa yang sangat santai, Ragaman memberikan warna berbeza dalam karya Faizal kali ini. Cara nyanyianny­a juga disesuaika­n dengan mood lagu ini.

Bagi Faizal, dia hasilkan lagu yang dekat dengan peminat.

“Lagu ini menawarkan sisi berbeza saya. Jika sebelum ini, lagu ciptaan saya mengangkat tema yang lebih serius tapi dalam Ragaman, saya menggunaka­n tema yang lebih santai dan dekat dengan pendengar.

“Bukan ‘feel’ dan ‘mood’ lagu saja yang berbeza, malah cara penyampaia­n pun ada kelainan apabila ia dinyanyika­n dalam gaya teaterikal,” katanya.

Namun, Faizal juga tidak menolak ini adalah satusatuny­a karyanya yang berbentuk sebegini.

“Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir. Saya tak rasa akan ada lagi lagu sebegini daripada saya selepas ini. Dengan adanya lagu ini pun sudah buatkan saya cukup berpuas hati,” katanya.

Buat masa sekarang, video muzik Ragaman belum dimuat naik ke YouTube, namun video liriknya dikongsika­n sejak 28 Ogos lalu dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Lirik Ragaman guna bahasa santai, disampaika­n dalam bentuk komedi

 ??  ?? Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir. Saya tak rasa akan ada lagi lagu sebegini daripada saya selepas ini
Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir. Saya tak rasa akan ada lagi lagu sebegini daripada saya selepas ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia