Harian Metro

Pengalaman 2 minggu menginsafk­an

-

Misi solo Faiz Qayyum lalui pelbagai halangan termasuk ditahan pihak berkuasa

“Itu pun mereka makan secara ala kadar untuk mengalas perut dan lebih kerap menahan lapar.

“Kanak-kanak menangis kelaparan juga sudah menjadi pandangan biasa hingga saya sendiri tidak dapat menahan sebak tatkala melihat keadaan mereka yang menyedihka­n itu,” katanya kepada Nuansa.

Jelasnya, situasi itu jauh berbeza di negara ini namun masih ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah.

“Kita sering mengeluh dengan kekurangan itu dan ini tapi alpa bahawa masih ada kesusahan lebih teruk yang dihadapi orang lain.

Jika kita lalui mungkin tidak sekuat mereka,” katanya.

Mengimbas kembali pengalaman­nya, Faiz Qayyum menghulurk­an bantuan RM583 (100 dinar Jordan) sebagai bayaran sewa rumah kepada keluarga yang menghadapi masalah kewangan itu.

Menurutnya, beliau berada di sana selama dua minggu dan turut menyampaik­an

100 bungkusan makanan kepada pelarian Syria di Kem Pelarian Mafraq.

Mafraq yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sempadan Jordan-Syria menjadi penempatan bagi rakyat Syria.

Kemudian aktiviti diteruskan dengan memberi bantuan peralatan sekolah kepada murid di sebuah kelas tuisyen di Irbid iaitu bandar di utara Jordan.

Faiz Qayyum berkata, misi solo dari Malaysia ke Jordan tidak semudah yang disangka apatah lagi pelbagai halangan turut dihadapi.

“Saya ditahan pihak berkuasa lebih satu jam di lapangan terbang di Jordan yang mengesyaki kedatangan saya untuk membantu pelarian Syria dan memasuki Syria melalui negara berkenaan.

“Kekangan komunikasi bahasa Inggeris daripada pihak berkuasa itu turut merumitkan keadaan. Saya kemudian menghubung­i sukarelawa­n di sana yang juga pelajar Malaysia untuk meminta pertolonga­n dan akhirnya dibebaskan,” katanya yang tidak serik untuk kembali ke Jordan.

Lebih membanggak­an, misi solonya itu mendapat kerjasama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Tangisan Syria di Bumi

Jordan (TSDBJ) dan I Am Faith Men. Sementara itu, lima sukarelawa­n TSDBJ turut mengiringi­nya sepanjang berada di Jordan.

Sebelum itu, pada 2016 beliau pergi ke Kemboja bagi program MyCorps di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan.

Pada April lalu pula, Faiz Qayyum menyertai misi kemanusiaa­n di Bangladesh anjuran Yayasan Salam dengan kerjasama alumni MyCorps.

 ??  ?? FAIZ Qayyum menyerahka­n sumbangan kepada pelarian di Cox Bazar.
FAIZ Qayyum menyerahka­n sumbangan kepada pelarian di Cox Bazar.
 ??  ?? FAIZ Qayyum akan terus
aktif dengan aktiviti kemanusiaa­n bersama
Yayasan Salam.
FAIZ Qayyum akan terus aktif dengan aktiviti kemanusiaa­n bersama Yayasan Salam.
 ??  ?? SUKARELAWA­N menyiapkan barangan bantuan.
SUKARELAWA­N menyiapkan barangan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia