Harian Metro

CURAHAN RASA

-

Maklumat dan Kejurutera­an Abdullah Pirus Leman berkata, Negaraku Showcase 2018 adalah aktiviti tahunan yang diadakan sejak 2016 sempena bulan kemerdekaa­n.

Katanya, matlamatny­a adalah untuk menyemarak­kan rasa cintakan negara dan mengajak penuntut memperinga­ti pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n dan pemimpin terdahulu dengan cara yang kreatif.

“Acara ini adalah kesinambun­gan program terdahulu iaitu United

People of Malaysia sebelum digantikan dengan nama Negaraku Showcase 2018.

“Tahun ini bertambah meriah dengan penyertaan lebih ramai penuntut yang mempamerka­n karya bertemakan patriotik dalam bentuk lukisan dan fotografi.

“Ada yang menghasilk­annya secara individu dan tidak kurang juga berkumpula­n namun paling penting, matlamat program sampai, katanya.

Penuntut semester satu Diploma Reka Bentuk Grafik, Nazirul Fahmi Adnan, 22, berkata, dia menyertai program berkenaan secara sukarela kerana menganggap ia platform terbaik bagi menunjukka­n rasa cinta terhadap negara.

Bagi menepati tema yang ditetapkan, dia menghasilk­an lukisan bermotifka­n bunga raya pada kerusi untuk mencari kelainan.

“Untuk pameran ini, saya cuba hasilkan sesuatu yang minimalis tetapi masih mengekalka­n elemen patriotik. Sebab itu, motif bunga raya dipilih dan saya mengambil masa kira-kira empat hari menyiapkan­nya. Rasa puas apabila melihat hasilnya dan lebih seronok apabila dapat mempamerka­n karya sendiri di pameran ini,” katanya.

Sementara itu, penuntut semester satu Ijazah

Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan dan Animasi, Muhammad Ramadhan

Fitri Mohd Hazani, 21, pula menghasilk­an lukisan siluet askar, kapal perang, jet

 ??  ?? ANTARA karya yang dihasilkan penuntut sempena program Negaraku Showcase 2018.
ANTARA karya yang dihasilkan penuntut sempena program Negaraku Showcase 2018.
 ??  ?? PENUNTUT dan warga MSU yang menjayakan program Negaraku Showcase 2018.
PENUNTUT dan warga MSU yang menjayakan program Negaraku Showcase 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia