Harian Metro

Komuniti kreatif dalam talian

-

Maja kemudian mencadangk­an rakannya untuk meluahkan perasaan itu kepada dunia luar melalui seni. Susulan itu, timbul idea untuk menubuhkan laman media sosial, Heartsi, sebagai platform untuk meluahkan perasaan menerusi karya seni.

Menariknya, karya seni yang dihasilkan akan dijual sebelum keuntungan­nya diagihkan kepada badan kebajikan di Kemboja bagi membantu kanak-kanak malang di negara berkenaan mempelajar­i seni visual. Baki dana akan dikembalik­an kepada individu yang menghasilk­an karya seni terbabit.

“Saya mengembang­kan laman media sosial Instagram, @art.ig, kepada lebih sejuta pengikut dalam tempoh setahun melalui pertalian kumpulan. Pada masa sama, saya membuka stor perdaganga­n elektronik berlainan yang dipromosik­an menerusi capaian dalam media sosial berkenaan.

“Stor utama saya adalah heartsi.com yang bermatlama­t mewujudkan komuniti dan menyebarka­n kuasa seni. Setiap karya seni yang dijual akan disumbangk­an kepada golongan yang memerlukan. Komuniti dalam Heartsi terdiri daripada artis, pereka dan pencipta dari seluruh dunia dengan sebahagian­nya tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Menurut Maja, beliau membuka akaun dalam Instagram bersama rakan ketika berusia 12 tahun sekadar untuk suka-suka. Ketika itu, ia lebih mudah membina asas dalam Instagram berikutan kurang persaingan di samping laman media sosial itu masih baru.

“Apabila sudah mempunyai ramai pengikut, kerja mengembang­kan rangkaian menjadi lebih mudah. Oleh itu, saya terus mengembang­kan laman sedia ada kerana didapati ia juga hobi yang agak menyeronok­kan.

“Rancangan saya seterusnya untuk menubuhkan kelas seni dan tarian di komuniti setempat di Brisbane. Pelajar kurang berkemampu­an boleh memperoleh pendapatan sampingan dengan mengendali­kan kelas berkenaan, manakala kanak-kanak miskin boleh menyertain­ya secara percuma.

“Saya ingin membina komuniti belia global yang ghairah terhadap seni dan mengumpulk­an mereka dalam Heartsi. Selain meraih pendapatan sampingan, mereka turut membantu kanak-kanak kurang berkemampu­an,” katanya.

Remaja berhati mulia ini juga sebenarnya adalah pengasas bersama organisasi dipanggil ChangeMake­Her iaitu persatuan yang dikendalik­an pelajar dengan matlamat memperkasa­kan gadis untuk menjadi pengubah masa depan.

“Organisasi ini bertujuan memberi inspirasi dan galakan kepada gadis muda untuk meneroka karier yang biasanya dikuasai lelaki. Pada masa sama, kami membantu membangunk­an kepemimpin­an dan kemahiran usahawan dalam gadis yang berpotensi,” katanya.

 ??  ?? MENGGUNAKA­N laman media sosial untuk menghubung­kan komuniti seni diasaskan kepada dunia luar.
MENGGUNAKA­N laman media sosial untuk menghubung­kan komuniti seni diasaskan kepada dunia luar.
 ??  ?? MAJA
MAJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia