Harian Metro

Guna cara tradisiona­l, roduk organik

-

Nur Afifah beri perhatian khusus kepada penjagaan tubuh sejak berusia

15 tahun

Menurut Nur Afifah, dia percaya wajah bersih dan penampilan kemas sentiasa mencermink­an diri sebenar wanita. Tambahan kedua-dua aspek itu selalu diberi perhatian wanita yang mahu tampil lebih yakin dan menyerlah di khalayak.

“Saya gabungkan kaedah tradisiona­l dan produk organik untuk kesan terbaik. Umpamanya, daun lidah buaya yang diketahui banyak khasiat untuk kulit digunakan bagi mengatasi kesan kemerahan pada kulit yang banyak terdedah kepada pancaran cahaya matahari.

“Memandangk­an ia memiliki sifat antialahan dan boleh melembapka­n kulit, saya selalu gunakan daun lidah buaya sebagai pupur wajah dua atau tiga kali seminggu.

“Selain itu, saya juga mengamalka­n sapuan minyak kelapa untuk melebatkan bulu mata dan juga kening. Walaupun dilahirkan dengan kening yang lebat, saya masih mengamalka­n rutin ini seminggu sekali kerana percaya penjagaan konsisten membuatkan kening dan bulu mata kelihatan lebih lebat serta menarik,” katanya.

Berbeza dengan pilihan produk organik, Nur Afifah mengakui dia lebih senang menggunaka­n jenama penjagaan kulit yang diiktiraf dari Korea Selatan.

“Saya lihat masyarakat di sana terutama wanita amat mementingk­an penjagaan kulit. Kalau diteliti, kulit mereka nampak sihat, sekata dan mulus.

“Kebanyakan produk di pasaran mereka juga diilhamkan daripada kebaikan semula jadi seperti teh hijau, lidah buaya, timun, madu dan dedaun herba. Paling penting, ia sesuai dan berkesan untuk menaikkan seri serta menganjalk­an kulit saya,” katanya.

Bercerita lanjut, Nur Afifah berkata, dia sebenarnya mula memberi perhatian khusus kepada penjagaan diri dan tubuh sejak berusia 15 tahun. Sama seperti kebanyakan gadis seusianya ketika itu, dia membiasaka­n diri menggunaka­n pencuci muka, penyegar dan pelembap wajah.

“Semakin dewasa, saya mula menggunaka­n krim pelindung matahari, serum dan gel pengelupas­an kulit. Pemakaian krim pelindung matahari pula menjadi rutin harian yang wajib.

“Serum pula saya amalkan untuk merawat kulit muka, manakala gel pengelupas­an kulit bertujuan membuang sel kulit mati dan merawat wajah kusam,” katanya.

Biarpun banyak pilihan produk berasaskan lidah buaya atau aloe vera di pasaran kini, Nur Afifah tetap yakin penggunaan­nya secara semula jadi memberi lebih banyak manfaat terutama dalam merawat kulit serta rambut rosak.

“Kulit yang cukup lembapan adalah kunci kecantikan sebenar.

Jadi, sentiasa amalkan penggunaan pupur lidah buaya untuk membekalka­n khasiat dan kelembapan untuk wajah. Gunakan produk yang kaya pelembap dan berupaya mengekalka­n fungsinya dalam kulit.

“Selain pelembap wajah, saya juga sentiasa membawa balsam bibir di dalam beg. Cuaca panas biasanya menyebabka­n bibir mudah kering. Jadi, saya selalu pastikan pelembap bibir ada untuk mengelakka­n bibir merekah,” katanya.

Mengenai rutin setiap pagi, Nur Afifah mengakui tidak banyak perbezaan berbanding kebanyakan wanita yang mementingk­an penjagaan wajah, kesihatan kulit dan kecergasan tubuh.

“Untuk tampil lebih bertenaga dan segar, sarapan tidak boleh ditinggalk­an. Kurangkan pengambila­n minuman bergula dan banyakkan minum air kosong.

“Sebagai individu yang aktif di media sosial, saya sering dijemput menghadiri pelancaran produk dan aktiviti promosi. Sesuai dengan itu, saya harus kelihatan segar dan bertenaga.

“Jadi, setiap kali sebelum mengenakan solekan, saya akan menggunaka­n timun sejuk untuk mengurangk­an kesan letih di bahagian mata sekali gus menyegarka­n kembali penglihata­n.

“Selebihnya, saya akan pastikan diri cukup tidur, menikmati diet seimbang dan melakukan senaman secara berkala,” katanya.

Jelas Nur Afifah, satu amalan petuanya yang mungkin diketahui ramai, namun jarang dijadikan rutin kebanyakan wanita ketika ini adalah menggunaka­n skrub bibir.

“Bibir kita sentiasa mempunyai sel kulit mati dan hanya skrub saja yang mampu membersihk­an cela dengan baik. Tidak cukup dengan itu, skrub ini juga menjadikan bibir lebih licin, lembap, menawan dan mudah disapu gincu.

“Hanya campurkan sedikit minyak kelapa, gula perang bersama sedikit madu. Skrub ini boleh diamalkan dua kali seminggu,” katanya.

 ??  ?? NUR Afifah selesa menggunaka­n bahan semula jadi seperti daun lidah buaya.
TIP KECANTIKAN
1. Sentiasa amalkan penggunaan krim pelindung matahari. 2. Gunakan tuala khas (lembut) untuk wajah. 3. Pastikan semua barang yang menyentuh wajah seperti telefon bimbit, cadar dan sarung bantal sentiasa dalam keadaan bersih. 4. Tanggalkan solekan dan cuci muka dengan betul sebelum tidur. 5. Dapatkan tidur mencukupi.
6. Pilih produk bersesuaia­n jenis kulit muka.
7. Selidik dulu bahan yang digunakan dalam sesuatu produk. 8. Kurangkan makanan tidak berkhasiat dan banyakkan pengambila­n sayur, buah dan air. DAUN lidah buaya pilihan Nur Afifah untuk kekalkan
kelembapan kulit wajah.
NUR Afifah selesa menggunaka­n bahan semula jadi seperti daun lidah buaya. TIP KECANTIKAN 1. Sentiasa amalkan penggunaan krim pelindung matahari. 2. Gunakan tuala khas (lembut) untuk wajah. 3. Pastikan semua barang yang menyentuh wajah seperti telefon bimbit, cadar dan sarung bantal sentiasa dalam keadaan bersih. 4. Tanggalkan solekan dan cuci muka dengan betul sebelum tidur. 5. Dapatkan tidur mencukupi. 6. Pilih produk bersesuaia­n jenis kulit muka. 7. Selidik dulu bahan yang digunakan dalam sesuatu produk. 8. Kurangkan makanan tidak berkhasiat dan banyakkan pengambila­n sayur, buah dan air. DAUN lidah buaya pilihan Nur Afifah untuk kekalkan kelembapan kulit wajah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia