Harian Metro

Kosmetik dengan elemen perawatan

-

Membeli alat solek untuk keperluan diri memang menyeronok­kan. Tambahan jika jenama yang dipilih menawarkan produk unik, menarik dan mampu menjimatka­n ruang beg mekap.

Lebih mengujakan apabila kualiti alat solek turut setaraf jenama besar, manakala harganya pula jauh lebih rendah dan mampu dimiliki sesiapa saja.

Butik Sasa baru-baru ini memperkena­lkan himpunan kosmetik baru Gosh Copenhagen yang bukan saja berpadanan dengan bajet, malah menawarkan pilihan penggaris mata, gincu, maskara, krim asas mekap, cecair bedak asas dan pembayang mata elegan, khusus untuk wanita yang mementingk­an gaya serta kepuasan melengkapk­an beg mekap masingmasi­ng.

Menariknya, jenama diasaskan Bo Tjellesen dan berada di pasaran sejak 1979. Lelaki ini percaya wanita layak menikmati belaian produk kosmetik berkualiti tinggi, inovatif dan mengikut trend terkini pada harga mampu milik.

Oleh itu, dengan kepakaran dan sokongan makmal penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berteknolo­gi tinggi, Bo Tjellesen merealisas­ikan impian setiap wanita di 90 negara di seluruh dunia.

Apa yang penting, jenama ini cukup peka dengan kehendak dan keperluan kebanyakan wanita yang mahukan kelengkapa­n kosmetik berasaskan bahan semula jadi, bebas paraben dan paling utama memiliki elemen perawatan.

Maskara yang dikeluarka­n mengandung­i minyak argan, bedak asas dihasilkan dengan campuran ekstrak rumpai laut dan pelbagai bahan berkualiti yang memberi manfaat pada setiap bahagian wajah. Harga produk ditawarkan di butik Sasa seluruh negara antara RM19.90 hingga RM59.90.

 ?? FOTO ?? PELANCARAN Gosh Copenhagen di pasaran Malaysia.
FOTO PELANCARAN Gosh Copenhagen di pasaran Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia