Harian Metro

Persiap diri sebelum uji bakat

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kehangatan program realiti nyanyian Mentor musim ketujuh semakin dirasai apabila sesi uji bakat bermula hujung minggu lalu.

Apa yang pasti, bakat dan kualiti menjadi elemen utama yang dicari setiap mentor iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan

Siti Nordiana. Begitu juga pasukan produksi program ini yang tentunya mahu menampilka­n peserta yang jauh lebih hebat daripada musim terdahulu.

Perkara itu diakui Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Che Isa yang menyaranka­n setiap peserta mempersiap­kan diri sebelum hadir ke sesi uji bakat.

Muhamad Sufian berkata, dia meletakkan harapan tinggi terhadap peserta musim baru program itu seiring dengan profil Mentor sendiri.

“Saya tahu ramai penyanyi berbakat di seluruh negara yang boleh diketengah­kan dalam industri muzik. Disebabkan itu kami menyediaka­n platform ini untuk mereka mengejar impian bergelar penyanyi sebenar.

“Bagaimanap­un, mereka perlu bersedia dari segenap segi sebelum datang uji bakat supaya peluang dipilih lebih tinggi. Bukan sekadar nyanyian, mereka perlu juga mempersiap­kan imej, kemahiran berkomunik­asi dan tahap keyakinan.

“Itulah kualiti yang akan membezakan setiap peserta. Misi kami untuk musim baru ini adalah mencari peserta yang cukup bersedia selari dengan ‘standard’ ditetapkan,” katanya.

Memulakan pencarian pertama untuk protege Syafinaz baru-baru ini, Sufian sangat gembira apabila rata-rata peserta yang hadir jelas sangat bersedia.

Malah, bakat yang ditampilka­n peserta uji musim ini sangat meyakinkan.

“Saya mewakili keseluruha­n produksi sebenarnya sangat teruja dengan kualiti peserta yang hadir untuk menjadi protege Syafinaz. Barangkali hal itu juga dipengaruh­i profil Syafinaz sendiri yang memang sangat disanjungi.

“Jadi, ia menyukarka­n proses pemilihan memandangk­an peserta yang hadir hebat-hebat belaka. Nampak jelas mereka berlumba-lumba mahu menimba ilmu daripada penyanyi serta guru vokal tersohor itu.

“Semestinya ia sesuatu yang sangat mengujakan dan meletakkan satu penanda aras yang lebih tinggi dari segi kualiti peserta. Tiga yang dipilih Syafinaz memang cukup hebat dan kami pasti akan memberi saingan sengit dalam pertanding­an itu nanti,” katanya.

Tidak dinafikan, Syafinaz menjadi pilihan ramai peserta untuk musim ini memandangk­an beliau sendiri cukup berpengaru­h dalam industri muzik.

Bagaimanap­un, Sufian menegaskan tiga mentor lain iaitu Aizat, Hafiz dan Siti Nordiana juga pasti ada kelebihan sendiri.

“Melihat sambutan untuk uji bakat pertama itu, jelas Syafinaz memang berpengaru­h. Namun, saya yakin sambutan sebegitu juga akan berlaku kepada mentor yang lain. Masingmasi­ng ada kelebihan dan peminat sendiri. Itulah yang sebenarnya akan lebih menjadikan musim baru ini lebih menarik,” katanya.

Selepas uji bakat untuk menjadi protege Syafinaz baru-baru ini, pencarian akan diteruskan bagi memilih protege Aizat pada 15 dan 16 September, Hafiz (22 dan 23 September) dan Siti Nordiana (29 dan 30 September).

Pada uji bakat pertama itu, lebih 500 hadir untuk mencuba nasib dalam tempoh dua hari sesi berkenaan dijalankan di

Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

 ??  ?? MISI untuk musim baru ini adalah mencari peserta yang cukup bersedia.
MISI untuk musim baru ini adalah mencari peserta yang cukup bersedia.
 ??  ?? SUFIAN gembira kualiti peserta lebih hebat musim ini.
SUFIAN gembira kualiti peserta lebih hebat musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia