Harian Metro

Penduduk terjejas paip dasar laut pecah

-

Kira-kira 6,000 penduduk terjejas akibat gangguan bekalan air selepas paip dasar laut di Terusan Bagan di sini, pecah sejak minggu lalu.

Antara kawasan terjejas adalah Pulau Ketam, Bagan Teochew dan Sungai Lima berikutan kerja pembaikan paip itu giat dijalankan.

Ketua Kampung Pulau Ketam, Chua Chuan Tie berkata, gangguan yang memasuki hari kelima itu menyebabka­n penduduk terputus bekalan air bersih.

“Setiap hari penduduk terpaksa beratur panjang pada tengah hari untuk mendapatka­n air yang dibekalkan ke jeti sementara menunggu kerja pembaikan itu siap.

“Setiap keluarga di bekalkan dengan 10 liter air bersih untuk keperluan makan dan minum,” katanya.

Bagi Pengurus Hotel Sea Lion Pulau Ketam, Andy Cha, 27, gangguan bekalan air itu menyebabka­n peniaga dan penduduk setempat sukar melakukan aktiviti harian.

“Tambahan pula ia berlaku ketika cuti umum dan kami menerima tempahan dua kali ganda berbanding biasa. Kami terpaksa memperlaha­nkan air tangki bagi mengelak pembaziran dan mungkin menutup hotel buat sementara waktu,” katanya berharap kajian penyelesai­an jangka panjang dibuat bagi mengelak kejadian itu berulang.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Lina Lin Ijin, 31, berkata, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi segala kemungkina­n di Pulau Ketam.

Dia yang menetap di situ selama sembilan tahun serik dengan kejadian yang berlaku pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia