Harian Metro

Penerima SP meninggal

- Esther Landau cnews@nstp.com.my

„ Pegawai kanan polis digeruni komunis meninggal dunia akibat angin ahmar

Bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pernah dianugerah­kan Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-7, Datuk Sia Boon Chee meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, semalam.

Boon Chee, 65, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan jam 1.50 pagi.

Anak mendiang, Yiren Sia, 26, berkata, bapanya menghidap penyakit angin ahmar dan dirawat di hospital berkenaan lebih dua minggu lalu.

“Bapa dimasukkan ke hospital sejak 18 Ogos lalu dan terpaksa diberikan bantuan pernafasan sepanjang rawatan kerana keadaannya kritikal.

“Majlis pengebumia­n akan diadakan di Kajang, Khamis ini,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Ketua Penolong Pengarah (Urus Setia Bahagian Hal Ehwal Pesara PDRM) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu.

Boon Chee menghembus­kan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Chan Yoon serta anak tunggal mereka, Sia.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pemergian Boon Chee adalah kehilangan besar kepada negara.

“Bagi pihak PDRM, kami berbangga dapat melahirkan tokoh keselamata­n yang memberi komitmen tinggi sepanjang beliau berkhidmat menjaga keamanan negara. Beliau memiliki sifat keberanian dan tidak pernah berbelah bagi memberikan perkhidmat­an kepada negara. Malah, beliau taat setia kepada pucuk pimpinan PDRM selain komited menjalanka­n tugas.

“Kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga PDRM,” katanya ketika dihubungi.

Boon Chee dianugerah­kan SP oleh Yang di-Pertuan Agong ke-7, Sultan Ahmad Shah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Penguasa Polis digeruni petualang negara terutama pengganas komunis.

Beliau dikenali ketika berkhidmat dalam Cawangan Khas (SB) kerana kecemerlan­gannya menjayakan beberapa siri operasi khas menentang dan menghapusk­an kegiatan komunis terutama di Perak.

Antara operasi khas yang pernah dijayakan beliau bersama rakan seperjuang­annya dalam Cawangan Khas adalah Op Q dan Op Keli bermula 1981 hingga 1983 dalam kawasan hutan di Perak.

Beliau antara individu yang bertungkus-lumus menyiasat, membuat risikan dan menahan 43 pengganas komunis, sekali gus menumpaska­n kegiatan mereka di Perak.

 ??  ?? BOON Chee
BOON Chee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia