Harian Metro

Air laut naik 5.5 meter

- Cnews@nstp.com.my

Paras air laut di Jeti Nelayan Pangkalan Tok Muda, Kapar, di sini, mencecah ketinggian 5.5 meter (m) namun keadaan masih terkawal dan tiada penduduk diarahkan berpindah sehingga semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bersama agensi lain memulakan pemantauan di lokasi itu dan Jeti Sementa, bermula jam 4.30 pagi semalam.

“Pemantauan dijalankan berterusan membabitka­n Jeti Nelayan Tok Muda dan Jeti Nelayan Batu 4 Sementa serta ban di pesisiran pantai di sekitar daerah ini.

“Pada jam 7.05 pagi tadi (semalam), paras air paling tinggi iaitu 5.5m dicatatkan namun ia kembali surut tidak lama kemudian. Paras sama dijangka berlaku esok (hari ini) namun pada jam 7.42 pagi. Pemantauan dilakukan sama ada berlaku kenaikan air, ban bocor atau limpahan air,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pemantauan fenomena air laut pasang besar dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) dan Skuad Pantas Majlis Perbandara­n Klang (MPK).

Samsol Maarif berkata, sehingga kini tiada pemindahan penduduk yang menetap berdekatan kawasan ban.

“Tiada ban bocor atau lubang kecil yang dibuat ketam atau anasir lain yang boleh menyebabka­n air dari laut masuk ke dalam kampung.

“Ia kerana ban sepanjang pesisiran pantai daerah ini kukuh dan kuat kerana sudah diselengga­ra Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Kampung Tok Muda, Hailani Suri, 70, berkata, paras air setakat ini lebih rendah berbanding dua tahun lalu.

“Walaupun kurang, saya mengingatk­an 50 keluarga yang pernah terbabit dengan pemindahan sebelum ini terutama yang tinggal berhampira­n ban berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Apa yang membimbang­kan jika ada angin atau ombak laut kerana ia faktor menyebabka­n kenaikan paras air.

“Alhamdulil­lah, pembinaan ban baru mengurangk­an risiko kemasukan air,” katanya.

„ Paras tertinggi direkod di Jeti Nelayan Pangkalan Tok Muda

 ?? Samsol Maarif ?? NELAYAN meneruskan aktiviti harian seperti biasa selepas air surut berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di Jeti Nelayan Kampung Tok Muda, Kapar. Paras sama dijangka berlaku esok (hari ini) namun pada jam
7.42 pagi”
Samsol Maarif NELAYAN meneruskan aktiviti harian seperti biasa selepas air surut berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di Jeti Nelayan Kampung Tok Muda, Kapar. Paras sama dijangka berlaku esok (hari ini) namun pada jam 7.42 pagi”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia