Harian Metro

Isteri Nabil hamil lima minggu

- Amirul Haswendy Ashari cnews@nstp.com.my

Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad bakal memperoleh anak ketiga apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira kini hamil lima minggu.

Nabil ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dan teruja apabila doktor mengesahka­n isterinya hamil kelmarin sekali gus menjadikan keluargany­a bakal bertambah.

“Saya sangat teruja kerana kami memang merancang menambah cahaya mata selepas anak kedua menginjak usia tiga tahun,” katanya.

Nabil berkata, dia berharap dikurniaka­n anak lelaki selepas memiliki dua anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3.

“Sebenarnya saya tidak kisah soal jantina asalkan bayi yang bakal lahir sihat dan sempurna. Cuma saya berharap kalau dapat anak lelaki mesti seronok,” katanya.

Filem One Two Jaga arahan Nam Ron yang mula ditayangka­n sejak 6 September lalu hanya mencatat kutipan hampir RM200,000 manakala lima pawagam tempatan sudah menghentik­an tayangan.

Bagaimanap­un, satu pawagam di Kuching, Sarawak pula menambah tayangan.

Penerbitny­a, Bront Palarae, 40, berkata, pihaknya sudah melakukan segala yang terbaik termasuk mengadakan promosi secara ‘gerila’ di laman sosial terutama Twitter.

“Kempen pemasaran secara gerila dimulakan oleh filem Dukun dan kami cuma mengolah mengikut kemampuan. Ketidaksel­esaan segelintir netizen mungkin berlaku apabila ada segelintir peminat tegar seolah-olah mengguris hati peminat filem Hantu Kak Limah & Munafik 2,” katanya.

Luahan Bront ini susulan wujud segelintir netizen mendakwa cara promosi filem One Two Jaga di laman sosial terutama Twitter menjengkel­kan mereka.

Namun, pihaknya sudah pun menyaranka­n peminat filem supaya lebih berhati-hati apabila memberi komen kerana pihaknya hanya ingin mengajak menonton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia