Harian Metro

FastJobs beri tumpuan kepada bukan eksekutif

-

Platform carian kerja, FastJobs memberi tumpuan kepada segmen pekerjaan bukan eksekutif atau kolar biru menerusi senaraian lebih 10,000 pekerjaan di aplikasi mudah alih dan laman webnya.

Berbeza dengan platform carian kerja lain yang menawarkan semua jenis pekerjaan secara umum, FastJobs memilih pekerjaan bukan eksekutif sebagai teras utamanya kerana ingin menyediaka­n akses saksama kepada aktiviti ekonomi terhadap segmen pekerjaan yang tidak begitu mendapat perhatian.

Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Serantauny­a, Joelle Pang berkata, pihaknya percaya untuk negara seperti Malaysia, 75 peratus daripada tenaga kerja datangnya dari segmen bukan eksekutif.

“Cara pekerja bukan eksekutif mencari pekerjaan adalah sedikit berbeza daripada golongan eksekutif. Justeru, kami percaya dengan adanya platform yang khusus kepada segmen tertentu, ia akan membantu kami untuk lebih tersusun.

“Malah platform ini bukan hanya memberi manfaat kepada pencari kerja tetapi juga bagi majikan yang mahu mencari pekerja,” katanya. FastJobs ditubuhkan di Singapura pada 2015 dan aplikasi mudah alihnya dilancarka­n pada hujung 2016. Memandangk­an permintaan yang tinggi di pasaran Malaysia, FastJobs menubuhkan satu pasukan kerja bagi menguruska­n operasinya di negara ini.

Joelle berkata, walaupun hanya baru beberapa bulan dilancarka­n di negara ini, FastJobs sudah mempunyai data lebih 4,000 pencari pekerjaan yang aktif.

“Malah kami terus menerima ribuan permohonon untuk senaraian pekerjaan bukan eksekutif dan ini memberikan galakan kepada kami untuk terus mengukuhka­n operasi,” katanya.

 ?? Joelle Pang ?? Kami percaya dengan adanya platform yang khusus kepada segmen tertentu, ia akan membantu kami untuk lebih tersusun”
Joelle Pang Kami percaya dengan adanya platform yang khusus kepada segmen tertentu, ia akan membantu kami untuk lebih tersusun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia